in

“Kejam!” – Ibu Muda Sarat Mengandung Dibunuh , Perut Dibelah Dan Bayi Dalam Kandungan Dibawa Lari

Fi Bunuh

Kejam! Itu sahaja perkataan yang boleh min cakap terhadap tragedi ngeri ini.

Seorang ibu muda yang sedang sarat mengandung 8 bulan, telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang ‘tragis’ apabila perutnya dibelah dan bayi dalam kandungannya turut hilang.

Menurut Daily Star, mangsa Pamella Ferreira Andrade, 21, ditemui tidak bernyawa pada petang 17 Mac di rumahnya di kejiranan Nova Holanda di Macae, Brazil.

Fi Bunuh 3 Edit

Sewaktu tiba di rumahnya, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu bilik mandi kerana dipercayai mangsa telah dikurung di situ.

Susulan dari kejadian itu, pihak polis telah menahan seorang wanita berumur 22 tahun yang tidak didedahkan identitinya. Suspek dapat dikesan apabila, dia ketika itu dikatakan membawa bayi yang sudah tidak bernyawa ke hospital.

Menurut laporan diperoleh, wanita itu memberitahu staf hospital bahawa dia telah melahirkan bayi lelaki itu bersendirian dan terjatuh ketika menuruni tangga bersama bayi itu.

Namun, hasil siasatan mendapati tiada sebarang tanda-tanda baru melahirkan pada wanita itu dan dipercayai bayi malang itu bukan miliknya. Sebilah pisau juga turut ditemui di dalam beg tangan kepunyaan suspek.

Menurut polis, suspek berpura-pura hamil dan dia kelihatan telah datang ke tempat kerja mangsa sehari sebelum kejadian berlaku.

 

Baca : Kejam! Wanita Hamil Maut Ditetak Suami Sendiri Gara-gara Cemburu

Foot Bunuh 1