in

“Keep strong!” – [VIDEO] Penduduk Wuhan Kena Kuarantin, Jerit Dari Tingkap Rumah Masing-Masing

Wuhan Chant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

11 juta penduduk Wuhan, China kini dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar dari rumah bagi mengelakkan penularan coronavirus. Meskipun tidak berjumpa satu sama lain dan terkurung, penduduk di sana bagaimanapun bersemangat dan tetap memberikan semangat sesama mereka.


Beberapa rakaman video menunjukkan situasi penduduk sekitar Wuhan menjerit dari tingkap apartmen atau kondominium mereka viral di internet.

Wuhan3

Video itu menunjukkan lampu-lampu di kebanyakan unit dibuka pada waktu malam menandakan mereka berjaga untuk tidak melepaskan peluang masing-masing.

Menurut SCMP, mereka didengari menjerit kata-kata berbaur semangat dan tidak berputus asa dalam menangani virus bahaya ini. Antara jeritan yang didengari adalah,

Wuhan, terus kuat!” 

Terus kuat!” 

Selain itu, ada juga yang menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan kuat di tingkap mereka bagi menaikkan semangat diri dan orang lain di sekitar mereka.

Wuhan4

Selepas video itu menjadi viral, ramai pakar perubatan yang terpanggil untuk memberi respon kepada penduduk di Wuhan. Menurut mereka, aktiviti itu mungkin boleh tersebar melalui air liur memandangkan mereka menjerit dengan kuat.

 Berhenti menyanyi di tepi tingkap yang terbuka.”

Doktor dan pakar kesihatan menyeru semua penduduk di Wuhan berhenti melakukan aktiviti itu tak kira pada waktu siang atau pun malam. Bagaimanapun, pakar berkata jika mahu buat sebegitu juga mereka disarankan untuk memakai topeng muka bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Respon dari pakar perubatan ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen di internet di mana ada yang bersetuju dan bagi yang tidak, menurut mereka ianya tidak meningkatkan jangkitan sebaliknya menaikkan moral dan sistem imunisasi mereka.

Ada juga yang memaklumkan mereka memang memakai topeng muka, begitu juga jiran-jiran di kawasan kondominium yang sama.

Tonton video di bawah: 

Baca: [VIDEO] Bengang Tak Dapat Ubat, Pesakit Wuhan Buka Mask Dan Lepaskan Batuk Depan Muka Staff Hospital

Wuhan2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.