in

[VIDEO] Bengang Tak Dapat Ubat, Pesakit Wuhan Buka Mask Dan Lepaskan Batuk Depan Muka Staff Hospital

Wuhan2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Marah pasal hal lain, orang lain pula yang kena! Dek kerana bengang sebab tak dapat ubat, seorang lelaki yang tengah demam dari Wuhan tergamak lepaskan batuk dekat depan muka staff.


 

Bengang sebab tak dapat ubat

Menerusi WORLD OF BUZZ, kejadian itu berlaku pada 27 Januari lepas di sebuah hospital di Hubei, China. Pesakit dari Wuhan itu demam dan ingin mendapatkan ubat di hospital tersebut selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Namun ubat tersebut kehabisan stok dan ia membuatkan pesakit itu jadi bengang. Dalam rakaman CCTV yang viral di media sosial sekarang, dilihat lelaki tersebut mengeluarkan kertas daripada poket dan berikan kepada staff.

Wuhan Man With Fever Removes Mask Coughs At Hospital Staff Because He Couldnt Buy Medicine World Of Buzz Wuhan Man With Fever Removes Mask Coughs At Hospital Staff Because He Couldnt Buy Medicine World Of Buzz 2 Wuhan Man With Fever Removes Mask Coughs At Hospital Staff Because He Couldnt Buy Medicine World Of Buzz 3

Kemudian dia tiba-tiba buka mask dan cuba nak batuk depan muka staff lepas dapat tahu yang ubat tengah tak ada stok.

Terkejut melihat reaksi pesakit tu, staff cepat-cepat bangun dan jauhkan diri daripada pesakit tersebut.

Walaupun mereka pakai mask, tak semestinya dia betul-betul protected, ya lah mungkin boleh tersembur dekat mata ke, mana lah tau kan?

Insiden itu mula diketahui selepas staff yang terlibat itu menjelaskan situasi yang terjadi. Walaubagaimanapun, mujurlah lelaki itu tak terkena jangkitan virus Corona, dia cuma batuk-batuk

Pemeriksaan ke atas staff yang terkena batuk tu pun dah dijalankan dan mereka baik-baik sahaja. Mereka dah buat laporan polis dan pihak berkuasa telah menghubungi lelaki tersebut.

 

Baca : “Kalau aku mati, korang semua kena mati sekali” – Pesakit ‘Kurang Ajar’ Koyakkan Mask &  Ludah Muka Jururawat Di China

Wuhan 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.