Kedai Nasi Kandar Di Bangsar Rentung, Mangsa Melecur 80% Dalam Kebakaran

Tambah ke Sumber Pilihan
Kedai Nasi Kandar Di Bangsar Rentung, Mangsa Melecur 80% Dalam Kebakaran

Hari ini, gempar di media sosial apabila terdapat satu kebakaran berlaku di Bangsar, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo!, kebakaran tersebut melibatkan sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama 6 kira-kira pukul 11.44 pagi tadi.


Artikel berkaitan: Gara-gara Hutang Penghuni Lama, Kereta Wanita Ini Dibakar Oleh Ah Long

Artikel berkaitan: Tular Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan, Rupanya Buat Untuk Dapatkan Rating Tinggi Di TikTok

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berkenaan kebakaran itu dan operasi melibatkan enam buah jentera beserta 44 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, Seputeh, Jalan Hang Tuah, Sri Hartamas.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 11.51 pagi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar yang musnah 70 peratus.

Terdapat seorang lelaki dewasa berusia 45 tahun melecur 80 peratus di badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Difahamkan, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 12.40 tengah hari dan punca kebakaran itu masih lagi dalam siasatan.

Sebelum ini, tular beberapa gambar di aplikasi X yang memaparkan kepulan asap di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kedai Nasi Kandar Di Bangsar Rentung, Mangsa Melecur 80% Dalam Kebakaran
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kedai-nasi-kandar-di-bangsar-rentung-mangsa-melecur-80-dalam-kebakaran/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM