in

Kecoh Dewan Rakyat, MP BN Mencarut Sebut P*****k

Kepala Bapak Kau Sesuka Hati Sebut P Word

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kecoh dengan isu ‘kepala bapak‘, hari ni (6 Ogos) Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kata kesat ‘p*****k’ sebab tak puas hati dengan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH). Adoi makin menjadi-jadi pulak ye!


Menurut Astro AWANI, perkara ni berlaku lepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming jawab soalan daripada Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN – Larut) yang tanya tentang aliran keluar masuk pelaburan dan libatkan Malaysia.

3844F51A68Fa00E870C09C8Ef2407655
sumber: malaysiakini

Masa diberi peluang untuk tanya soalan tambahan, RSN Rayer (PH – Jelutong) bangun untuk tanya tentang impak 1MDB kepada pelaburan dalam negara.

Bila ditegur Hamzah, Rayer kemudian didakwa mengancam untuk menggunakan perkataan ‘kepala bapak’. Hamzah kemudian rujuk kepada Peraturan Dewan Rakyat dan mintak Rayer segera tarik balik penggunaan kata tu. Hal ni jugak mendapat persetujuan speaker, Datuk Mohamad Ariff dan arahkan Rayer berbuat demikian.

Mohamad Ariff Speaker
sumber: the star

Dalam kekecohan bila semua MP nak cakap sekali pada satu masa, Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN – Lipis) keluarkan perkataan kesat p*****k. Pulak dah! Speaker kemudian bertindak tegas dan mintak Abdul Rahman tarik balik penggunaan kata tu yang dirasakan lebih teruk daripada ‘kepala bapak’.

Rahman
sumber: youtube

“Perkataan itu saya dengar. Itu perkataan yang paling tidak sopan. Tarik balik.”

“Jika tidak, saya akan suruh keluar,” kata Mohamad Ariff, tegas.

Tambahnya lagi perkataan kesat ni tak patut digunakan ahli Parlimen ketika di Dewan Rakyat.

“Ini lebih dahsyat daripada kepala bapak.

“Ia tidak beri apa-apa faedah kepada Dewan yang mulia. Sila tarik balik,” kata Ariff sekali lagi.

Sebaik ditegur, Abdul Rahman berdiri dan tarik balik penggunaan kata tersebut.

Nah dengar pergaduhan MP ni sampai sebut perkataan kesat kat bawah: 

Sebagai pemimpin, cubalah tunjuk sikap yang baik sikit kat rakyat. Malu je orang tengok MP sebut perkataan kesat macam tu. 

Baca: “Susah sangat ke nak hadir sidang Parlimen?” 

Kepla Bapak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.