Disebabkan sekarang ni musim orang kahwin, ramai rasanya boleh merasa dan melihat sendiri betapa lamakah proses mekap dan bersiap yang perlu dilalui pasangan raja sehari. Kalau korang nak tahu, standard memang mekap pengantin ni akan makan masa satu jam setengah tau. Tu baru pakai je belum lagi nak cuci bersih-bersih nanti…
Itu baru mekap pengantin, korang bayangkan pulak betapa lamanya para pelakon yang kena duduk mekap bagi menjayakan watak-watak mereka. Kalau yang dapat watak manusia biasa tu mungkin takdelah terlalu lama tapi kalau yang berlakon watak alien ke, zombie ke…
Jadi, hari ini, min nak kongsikan pada korang senarai lima selebriti Hollywood yang merupakan antara yang paling lama perlu duduk menadah muka untuk disiapkan kru penggambaran.
5. Michael Chiklis (Fantastic Four (2005))
Kalau korang layan filem Fantastic Four, mesti korang familiar dengan salah satu watak utamanya iaitu The Thing.
Menurut pelakonnya, Michael Chiklis, pada mulanya beliau menentang pihak produksi yang mahu menggunakan kesan khas CGI saja pada watak The Thing. Disebabkan itu, Chiklis perlu menghabiskan masa tiga jam setiap hari di set penggambaran untuk memakai mekap bagi menjayakan watak adiwira ini.
4. Doug Bradley (Hellraiser)
Peminat tegar filem seram mesti kenal dengan watak yang dikenali sebagai Pinhead dalam francais filem Hellraiser.
Penampilan watak Pinhead ni memang lain daripada yang lain kerana dia ada banyak pin yang tercucuk di seluruh bahagian kepalanya. Kalau korang nak tahu, Doug Bradley, pelakon yang memegang watak Pinhead sejak filem pertama ditayangkan mendedahkan beliau mengambil masa sekitar enam jam untuk disolek.
3. Arnold Schwarzenegger (Terminator 2: Judgement Day)
Antara nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, wajah pelakon Arnold Schwarzenegger banyak menghiasi skrin dalam pelbagai filem aksi seperti francais filem The Expendables, The Running Man dan Collateral Damage.
Turut merupakan tunjang utama francais filem Terminator, Schwarzenegger difahamkan menghabiskan masa lima jam setiap hari untuk duduk di kerusi mekap bagi menjayakan wataknya sebagai T800 dalam filem Terminator 2: Judgement Day.
2. Jim Carrey (How the Grinch Stole Christmas)
Korang tahu tak disebabkan proses mekap yang terlalu panjang, pelakon Jim Carrey hampir-hampir sahaja menarik diri daripada melakonkan watak The Grinch?
Menurut sumber, bagi menjayakan filem How the Grinch Stole Christmas (2000), Carrey perlu menadah muka dan badannya untuk disolek kru selama lapan jam!
Untuk info, lapan jam proses mekap ini bukan hanya untuk satu hari tau tapi untuk setiap hari penggambaran.
1. Jennifer Lawrence / Rebecca Romijn (X-Men)
Selain watak Katniss Everdeen dalam francais filem, The Hunger Games, pelakon jelita, Jennifer Lawrence juga pernah membintangi beberapa francais filem X-Men sebagai watak Mystique dengan keupayaan boleh meniru rupa dan suara sesiapa sahaja.
Sumber mengatakan, Lawrence dan pelakon gantinya dalam beberapa filem X-Men, Rebecca Romijn menghabiskan sekitar lapan hinga sembilan jam disolek kru untuk menjayakan watak Mystique.
Sumber: Playbuzz, Halloween Costumes.com
Baca: [Video] Viral Gadis Tunjuk Bakat Makeup, Tiru Muka Shah Rukh Khan & Kajol