in

Kebahagiaan ‘Happy Family’ Ini Berakhir Apabila Dua Beradik Ini Bunuh Ibu Bapa Mereka Sendiri Sebab….

Keluargaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang fikir wang merupakan ukuran utama kebahagian keluarga, boleh baca balik kisah ni.


Sebuah keluarga kaya raya yang nampak bahagia di mata umum tapi sebenarnya menyimpan 1001 kisah disebalik ‘kebahagiaan’ itu.

 

Keluarga kaya raya, terkenal dan tampak bahagia di khalayak umum

1Eea9B92D9E7C13A538C7E149Edb7549

Ayahnya Josè Menendez ini merupakan ahli korporat, sudah semestinya menjadi tumpuan pihak media.

Namun sebaliknya hubungan kekeluargaan ini sebenarnya porak peranda. Mungkin tiada masalah dari segi duit tapi…

“Menendez Brothers: Kisah dua beradik yang dituduh membunuh kedua ibu bapa mereka. Apakah motif sebenar dan mengapa mereka sanggup membunuh ibu bapa sendiri?

20 Ogos 1989: Josè Menendez dan isterinya, Mary Louise Kitty Menendez ditemui mati ditembak di ruang tamu kediaman mereka di Beverly Hills, Los Angeles.”

Keluargaa

“Adik beradik Lyle dan Erik terkejut melihat mayat kedua ibu bapa mereka di ruang tamu dan segera menghubungi pihak polis untuk melaporkan kematian kedua ibu bapanya.

Keluarga Menendez merupakan sebuah keluarga yang kaya raya dan tinggal di kawasan Beverly Hills. Josè Menendez merupakan seorang Eksekutif Korporat yang terkenal.

Josè berkahwin dengan isterinya, Kittie pada tahun 1963. Anak sulung mereka, Joseph Lyle Menendez lahir pada tanggal 10 Oktober 1968 manakala adiknya, Erik Galen Menendez lahir pada tanggal 27 November 1970.

Keluarga Menendez menonjolkan imej sebagai sebuah keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang di mata media. Namun di sebalik semua itu, keluarga tersebut menyembunyikan pelbagai rahsia daripada pihak media.

Josè digambarkan sebagai seorang yang tegas dan tidak berhati perut. Dia dikatakan bersifat kejam terhadap isteri dan anak-anaknya. Josè juga sering bertengkar dengan Kitty. Ketagihan Kitty dengan alkohol menambah lagi kerumitan keluarga ini.

Namun di mata semua orang, keluarga ini hanyalah seperti keluarga keluarga lain yang normal. Erik dan Lyle dilihat seperti kedua anak orang kaya yang dibesarkan dan dimanjakan oleh ibu bapa mereka.”

Disebabkan sikap bapanya yang begitu tegas, kedua dua beradik ini mengalami tekanan perasaan. Kedua-dua mereka sebenarnya dikongkong.

Sampai satu tahap kedua-dua beradik ini memendam hasrat untuk membunuh ibu bapa mereka sendiri.

 

Selalu bertengkar, dipaksa melakukan perbuatan seksual oleh ayahnya sendiri

“Seminggu sebelum kematian Josè dan Kitty, Erik yang baru sahaja tamat sekolah tinggi ingin memohon kemasukan ke sebuah universiti. Namun ayahnya melarang Erik kerana ingin Erik sentiasa berada di rumah.

Keadaan ini menyebabkan Erik marah lalu bertengkar dengan ayahnya. Erik sebenarnya ternanti nanti saat dia ke universiti kerana dia inginkan kebebasan. Dia merasa terkongkong berada di rumah.

Perkara ini menyebabkan emosi Erik terganggu dan dia hampir membunuh diri kerana ingin melarikan diri dari ayahnya.

Beberapa hari kemudian, ketika Erik pulang ke rumah dia melihat abangnya bertengkar besar dengan ibunya. Lyle yang ketika itu mula gugur rambutnya mengenakan rambut palsu tetapi ibunya tidak bersetuju dengan perkara itu

Mereka mula menjerit dan bertengkar. Akhirnya Kitty memukul Lyle dan mencabut rambut palsu itu dari kepalanya. Lyle berasa malu dengan peristiwa dan berjanji dengan Erik bahawa dia tidak akan menceritakan perkara itu dengan sesiapa pun.

Pada masa yang sama, Erik menceritakan kepada Lyle apa yang berlaku di rumah ketika ketiadaannya. Dia mengatakan bahawa ayahnya melakukan perkara-perkara seksual terhadapnya. Erik memberitahu bahawa tiada sesiapun yang tahu mengenai perkara itu termasuklah ibunya sendiri.”

Dari situ rasa tertekan dan marah kedua beradik ini semakin menggelodak kerana sering bertengkar, lebih haru lagi apabila ibunya seolah-olah tak ambil peduli terhadap tekanan yang anaknya hadapi.

 

Mula rasa paranoid, rasakan ibu bapa akan bunuh mereka jika diketahui oleh pihak luar

“Lyle merupakan seorang abang yang protective. Dia amat menyayangi Erik. Lyle berasa marah mendengar cerita tersebut dan ingin bertemu dengan ayahnya untuk membincangkan perkara itu tetapi Erik tidak membenarkannya.

Tiga hari sebelum pembunuhan, Lyle bergaduh besar dengan ayahnya dan meminta Josè untuk berhenti melakukan perkara seksual terhadap adiknya. Lyle memohon kepada ayahnya untuk melayani Erik sebagai seorang manusia.

Ayah berasa berang kerana Erik memberitahu abangnya perkara tersebut. Dia masuk ke bilik Erik dan mula bertengkar dengannya.

Erik melarikan diri ke ruang tamu dan di situ dia bertemu ibunya. Dia menceritakan kepada ibunya bahawa ayahnya sering mendera dan melakukan perkara seksual terhadapnya.

Kitty memberitahu Erik bahawa dia tahu mengenai perkara tersebut namun dia tidak mahu melakukan apa-apa mengenainya. Erik terkejut dan merasakan bahawa dirinya dikhianati oleh ibunya.

Erik mula sedar bahawa ayahnya tidak akan melepaskan dia dan ibunya merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai.

Emosinya terganggu dan dia mula berasa paranoid bahawa ibu bapanya akan membunuh dia dan Lyle jika perkara ini diketahui oleh pihak luar.

Disebabkan itu mereka risau bahawa diri mereka akan dibunuh, jadi mereka melakukan langkah awal, pada asalnya niat bukan lah untuk membunuh mereka. Tapi, ikuti sambungannya..

 

Suatu hari keluar beli senapang, tapi bukan untuk tujuan membunuh tapi untuk perlindungan diri

“18 Ogos 1989: Lyle dan Erik keluar membeli senapang. Niat mereka membeli senapang tersebut pada awalnya adalah untuk perlindungan diri.

Keesokkan harinya, keluarga Menendez keluar belayar di kawasan Marina Del Rey. Kononnya mereka ingin keluar memancing. Erik pula mendakwa pada masa itu ibu bapanya ada rancangan untuk membunuh dia dan Lyle di atas bot.

Namun terdapat ramai orang di bot tersebut dan rancangan ibu bapanya tidak menjadi. Sepanjang pelayaran tersebut, mereka sekeluarga tidak bercakap antara satu sama lain.

Dalam tempoh pelayaran tersebut Lyle memberitahu Erik bahawa dia juga dipaksa melakukan perkara seksual oleh ayahnya dan dia berasa bersalah ke atas Erik. Erik meyakinkan abangnya bahawa semua perkara yang terjadi bukan salah dia.

Pada pagi hari pembunuhan, keadaan antara keluarga tersebut menjadi semakin tegang. Erik keluar ke pantai Santa Monica untuk tenangkan diri.

Erik balik ke rumah agak lewat pada malam hari tersebut. Ayahnya mahu mereka sekeluarga berkumpul pada malam itu. Erik dan Lyle merasakan bahawa malam itu mereka akan dibunuh oleh ibu dan ayah mereka.”

 

Suasana semakin tegang semasa mereka sekeluarga berkumpul, kedua beradik ini pasti mereka akan dibunuh atau mereka yang membunuh sebab ayahnya buat begini.. 

“Keadaan keluarga Menendez pada malam itu sangat tegang kerana Josè takut bahawa dia akan didedahkan kepada semua orang tentang penderaan seksual dia terhadap anak-anaknya.

Menurut Josè adalah lebih baik dia membunuh anaknya daripada didedahkan sebagai seorang pemangsa seksual. Pada malam itu Lyle dan Erik diminta oleh Josè menandatangani waran kematian mereka.

Erik dan Lyle meminta izin daripada ibunya untuk keluar pada malam itu tetapi tidak dibenarkan. Lyle dan ibunya mula bertengkar. Kitty memanggil Lyle sebagai pemusnah keluarga.

Josè masuk campur dalam pergaduhan tersebut. Dia menyuruh Erik masuk ke biliknya. Lyle menjerit kepada ayahnya supaya jangan menyentuh Erik. Pada masa ini, Erik dan Lyle pasti mereka akan dibunuh ataupun mereka yang membunuh.”

 

Bermulalah kronologi pembunuhan….

“Kitty dan Josè masuk ke ruang rehat dan menyambung filem yang ditonton oleh mereka. Erik dan Lyle pula naik ke tingkat atas untuk mengambil senapang yang dibeli oleh mereka dua hari sebelumnya.

Erik dan Lyle mula memasuki ruang rehat sambil membawa senapang ketika Josè dan Kitty sedang berehat. Lyle melepaskan tembakan di belakang kepala Josè. Kitty terbangun mendengar tembakan itu dan cuba melarikan diri.

Ketika dia melarikan diri kakinya ditembak dan dia terjatuh. Kitty ditembak berkali-kali di tangan, dada dan muka. Wajah Kitty tidak dapat dicam kerana luka tembakan tersebut.

Kedua-dua mangsa ditembak di lutut untuk menampakkan kejadian tersebut bermotifkan rompakan.

Erik dan Lyle duduk dalam beberapa minit setelah menembak kedua ibu bapa mereka. Mereka menunggu polis untuk tiba. Namun setelah lama menunggu polis masih belum tiba. Mereka mula merancang plan untuk menutupi perbuatan mereka.”

 

Pada mulanya mereka berdua dijadikan suspek utama, tapi tidak disyaki kerana kekurangan bukti

“Erik dan Lyle kemudian keluar ke sebuah panggung wayang untuk mencipta satu alibi. Mereka juga pergi kawasan hutan untuk membuang senapang yang digunakan untuk membunuh Josè dan Kitty.

Ketika mereka pulang ke rumah malam itu, Erik mula menangis dan meracau setelah melihat mayat ibu dan ayahnya. Lyle menghubungi 911 dan menjerit “somebody killed my parents!”

Pada awalnya pihak polis tidak menjadikan Erik dan Lyle sebagai suspek utama kerana kekurangan bukti serta kes parricide yang secara statistiknya sangat jarang berlaku menyebabkan mereka berdua tidak disyaki

Pihak polis juga mengatakan bahawa serangan ke atas Josè dan Kitty Menendez dilakukan oleh Mafia.”

 

Namun, terbongkar apabila polis syak…

“Tumpuan polis beralih kepada Erik dan Lyle apabila mereka disedari membelanjakan duit secara boros setelah kematian ibu bapa mereka. Polis merasakan perkara ini sangat pelik dan tidak wajar.

Lyle membeli sebuah Porsche manakala Erik membeli sebuah kereta jip. Perbelanjaan mereka di antara masa pembunuhan sehinggalah mereka ditangkap adalah kira kira $700,000.

Kematian Josè dan Kitty memberikan impak yang besar dalam kehidupan Erik. Erik nampak lebih terkesan dari segi emosi berbanding Lyle.”

 

Mula mengelami depresi teruk selepas membunuh ibu bapa

“Erik tertekan dan mula mengalami depresi yang teruk selepas membunuh ibu bapanya. Dia amat menyesali perbuatan dia dan ingin putar kembali masa.

Erik merasakan bahawa dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaanya. Dia sering menangis pada waktu malam dan takut untuk bersendirian.

Pada masa itu, Erik berjumpa dengan seorang pakar terapi yang bernama Dr. Oziel untuk meluahkan perasaannya.

Erik bertemu dengan Dr. Oziel tanpa memberitahu abangnya. Dia menceritakan segalanya kepada Dr. Oziel tentang pembunuhan ibu bapanya.

Dr. Oziel amat terkejut dengan cerita itu. Dia menghubungi Lyle dan menyuruhnya datang ke pejabat. Dr. Oziel mengatakan bahawa dia akan melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Lyle berang dan mengancam untuk membunuh Dr. Oziel.”

Ini kerana Dr Oziel mengugut untuk dedahkan perkara ini kepada pihak polis jika tidak memberi sejumlah wang. Bagaimanapun aktiviti itu terbongkar apabila perempuan simpanan dan pesakitnya terdengar perbualan mereka.

Mereka berdua ditangkap, disabitkan bersalah, dipenjarakan seumur hidup, selama 22 tahun mereka tidak bersua kerana diasingkan namun akhirnya bertemu.

Semasa dalam berbicaraan, mereka menceritakan dan meluahkan bahawa kedua-dua beradik ini kena dera seksual tapi pendakwa raya anggap mereka bunuh kerana mahukan harta. Dari situ, bermacam-macam spekulasi yang timbul mana satu yang benar.

Apapun gambar disini menunjukkan seolah-olah apa yang mereka katakan itu benar

Bunuhibubapa

Kalau korang perhatikan tangan ayah dia di kemaluan Lyle, dan Lyle nampak macam tak selesa. Tapi lepas mereka bunuh diaorang overspent sampai $ 700k, mana satu? Hmmm..entahlah.

 

Baca: The Zodiac Killer : Kod Rahsia & Pembunuhan Kejam Era 60-an Yang Belum Lagi Terjawab

Zodiackiller

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.