in

“Kawan nak berhenti sebab tak mampu bayar” – Ayah Kongsi Anak Simpan Duit Belanja Sebab Nak Bayarkan Yuran KAFA Untuk Kawan

Dfs 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Didikan daripada ibu bapa sangat penting dalam membentuk keperibadian mulia seorang anak agar mereka tidak terperosok ke dalam lembah kejahilan pada masa akan datang.

Ibu bapa juga perlu memberi contoh yang baik terhadap anak-anak kerana pada usia kecil inilah mereka melihat segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh para ibu bapa.


Sekiranya ibu bapa menunjukkan akhlak yang mulia terhadap anak, maka kemungkinan besar mereka bakal mengikut segala kelakuan baik yang telah ditonjolkan itu. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Boleh diambil contoh seperti baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial berkenaan seorang ayah yang berkongsi pengalaman tentang anaknya yang bertindak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh hati semua masyarakat.

Anak simpan duit belanja sebab nak bayarkan yuran KAFA untuk kawan

Hantaran tersebut telah dikongsikan di laman Facebook Nasaie Ismail yang telah menceritakan tentang anaknya yang sanggup menyimpan duit belanja sebab nak bayarkan yuran sekolah petang ataupun KAFA untuk kawannya yang dalam kesusahan.

https://www.facebook.com/590038609/posts/pfbid02n3Jm5VHxhRnayFsYZkUtKL8VW6aQH8Mu9WHQrz8gQWJptZUswPhz2dX8FaWeC7M5l/?d=n

Pada awalnya, si ayah telah mengatakan bahawa anaknya, Yusuf telah meminta RM20 daripadanya hanya untuk genapkan simpanannya selama sebulan yang dikatakan telah mencapai RM80.

Bila ditanya kepada anak tujuan meminta wang tambahan itu, rupa-rupanya anaknya menjelaskan yang dia ingin bantu rakan sekolahnya melunaskan yuran KAFA sebanyak RM100. Difahamkan juga, rakan sekolahnya itu berniat untuk berhenti sekolah petang itu kerana tidak mampu untuk bayar yuran.

“Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.”

Kumpul duit belanja sekolah dan duit atuk dan tok wan secara diam-diam

Menurut hantaran tersebut, anaknya juga secara diam-diam telah mengumpul sejumlah duit itu selama sebulan dengan menyimpan duit belanja sekolah yang diberikan oleh ayahnya dan juga duit poket oleh tok wannya.

“Rupanya dalam diam dia kumpulkan duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah dan wan, tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.”

Netizen terharu dengan tindakan anaknya

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen dimana rata-rata daripada meluahkan rasa terharu terhadap tindakan anaknya yang sangat murni dalam membantu kawannya melunaskan yuran KAFA.

Ada juga yang mengucapkan tahniah dan memuji terhadap ayahnya yang berjaya mendidik anaknya melakukan perkara sedemikian yang patut dijadikan contoh kepada semua ibu bapa di luar sana.

Screenshot 2022 08 23 At 4.17.01 Pm

Screenshot 2022 08 23 At 4.17.37 Pm

Screenshot 2022 08 23 At 4.17.43 Pm

 

Semoga menjadi contoh kepada ibu bapa di luar sana ye. Baik sungguh hati adik kita ni!

Baca: “Harga diri mama mana?” – Anak Buntu Nak Tegur Ibu Berhenti Jadi ‘Penyondol’ Suami Orang

Screenshot 2022 08 23 At 4.21.33 Pm

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.