in ,

“Kau post siap kau!” – Peminat Tegar Blackpink ‘Sound’ Naim Daniel Hanya Sebab Edit Gambar Dengan Rosé

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas Naim Daniel ada upload gambar yang dah disunting bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Rosé.


https://www.instagram.com/p/B6UnTxjhSCN/

Tapi itu bukanlah kali pertama sebab sebelum ni pun memang Naim pernah photoshop gambar dia dengan Rosé beberapa kali. Bukan sekadar gambar, terbaru, Naim juga ada buat unofficial project nyanyian duet dengan Rosé yang dah dimuat naik di Youtube.

Blackpink memang mempunyai ramai peminat yang digelar BLINK dan salah seorang die hard fan dari Malaysia hantar DM dekat Naim. Individu itu katanya tidak berpuas hati dan marah dengan Naim sebab post gambar photoshop bersama Rosé.

Kau ingat kau artis kau boleh buat macam tu? Kalau aku nampak lagi kau post pasal Rose Blackpink siap kau.”

View this post on Instagram

i’m soft please don’t hurt me like that 🥺🥺🥺 (it’s Rosé btw not Rose urgh smh)

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Melalui posting Instagram, Naim sendiri ada upload screenshot mesej individu terbabit dan insiden itu turut mendapat perhatian website Kpop terkenal di Korea, Koreboo. Walau bagaimanapun, Naim melalui Instagram menjelaskan tidak semua BLINK itu bersikap sebegitu. Malah, Naim sendiri akui ramai BLINK dari luar negara yang tunjuk sokongan mereka terhadap lagu duet cover yang disunting Naim bersama Rosé itu.

Amboi, sampai ugut macam tu…

Baca: “Naim yang tersakiti” – Luah Rasa Kecewa Dengan Dunia Artis, Netizen Bimbang Naim Daniel Alami Depresi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.