in

“Kau mintak, kan dah mendapat!” – Melawak Tak Kena Tempat, Lelaki Kacau Ular Sawa Kena Gigit Dekat Kepala!

Padan Muka Bodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki menerima padah selepas mengganggu seekor ular sawa dan video yang dirakamnya ketika berbuat demikian kini viral di Internet.


Menurut Daily Star, video tu menunjukkan seorang lelaki memakai baju berwarna biru sedang memegang seekor ular sawa batik. Tapi bagaimanapun, cara dia pegang ular tu adalah dengan menjarakkan kepala haiwan tersebut dengan mukanya.

Ular3
sumber: daily star

Lepas tu dia tiup dekat kepala ular tu berkali-kali dan melalui video tersebut boleh nampak haiwan terbabit berasa terancam. Tindakan dia membuatkan ular tu bertindak balas dengan cuba nak serang kepala dia balik.

Tapi walaupun ular bagi reaksi macam tu, dia tetap tak peduli dan terus tiup sambil gerakkan kepala dia ke arah haiwan tersebut berkali-kali. Mungkin pada dia, itu adalah saat dia bergurau dengan haiwan tu. Last sekali kononnya dia cuba letakkan kepala ular tu atas dahi dia macam berjaya ‘jinakkan’.

Ular4
sumber: daily star

Malangnya, lepas dah letak kepala ular atas dahi dia akhirnya terima padah bila haiwan tu bertindak agresif dan terus buka mulut, gigit kepala dia! Padan muka kau!

Saat-saat akhir video berdurasi 1 minit lebih tu menunjukkan dia cuba tarik kepala ular sawa tapi dalam video tu memang nampak ular tu tak lepaskan dan tetap gigit kepala dia. Tak dipastikan bagaimana keadaan lelaki tu tapi ramai netizen yang tonton video tersebut rasa dia memang selayaknya dapat balasan digigit ular!

Ular Gigit
sumber: daily star

Padan muka kau.”

Ini bodoh namanya.”

Tonton video tu di sini.

Geram betul tengok dia kacau ular tu macam tu!

Baca: “Alkohol level 100000000000” – Bengang Kena Patuk, Lelaki Gigit Balik Ular Sampai Putus

Pjimage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.