in

“Kau belajar tu untuk masa depan sendiri juga!” – Netizen Setuju Dengan Teguran Michael Ang Pasal ‘Reward’ Keputusan Cemerlang

Feature Image Cemerlang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni macam dah jadi trend pula, bila anak atau saudara mara yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan di bagi hadiah mahal seperti telefon pintar atau wang ringgit dan kemudiannya di kongsi dekat media sosial.


Terbaru, seorang pengarah drama television yang cukup dikenali, Michael Ang telah membuat kenyataan mengenai isu pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sepatutnya tidak terlalu berharap untuk diberikan hadiah daripada ibu bapa.

Dalam video yang berdurasi lebih kurang 1 minit itu, Michael dengan telatah seperti biasanya terus menerus memberi nasihat kepada mereka yang sentiasa berharap untuk di bagi hadiah apabila dapat keputusan cemerlang.

Tambahnya lagi, dia sempat memberitahu semasa dia sekolah dahulu, ada juga meminta hadiah kepada ibunya, namun dia pula kena sekolahkan semula.

“Oii aku dah besarkan kau, bagi kau makan, sekarang kau mintak pulak hadiah!”

“Kau blajar tu pun untuk masa depan kau jugak”

“Banyak cantik muka kau.”

Kenyataan Michael itu dipersetujui oleh netizen yang mana rata-rata bersetuju bahawa cukup lah mereka bersyukur dengan mendapat keputusan cemerlang dan jangan lah sentiasa meminta.

“Bersyukur dan banggakan ibu bapa lebih penting”

Heh
Sumber: instagram
Hu
Sumber: instagram

 

Ii
Sumber: instagram

“Dapat buku motivasi pun dah bersyukur”

Khhj
Sumber: instagram

 

T
Sumber: instagram

Bagi admin, betul juga pendapat Michael tu. Tak salah juga kalau parents korang nak bagi hadiah mahal-mahal. Tapi apa yang tidak patutnya adalah, kalau korang sendiri sedar yang parents korang tak mampu nak beli hadiah mahal-mahal, tapi korang still nak juga. Apa pun bersyukur dan banggakan ibu bapa korang ye!

 

Baca: “Kalau nak sesuatu usaha lah sendiri” – Kata Ibu Bapa ‘Toxic’, Gadis Ini Terima Kritikan Hebat Dari Netizen

Unnamed File

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.