in

“Kat Malaysia yg controversy laku teruk” – Terjebak Tuduhan Buli, Aktor Korea Jisoo Terus Digugurkan Dari Drama ‘River Where The Moon Rises’

Kes Buli Jisoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan artis untuk terpalit dengan pelbagai kontroversi. Namun kalau anda seorang aktor terkenal di Korea, jangan main-main ya!


Hanya kerana satu isu, karier korang pasti akan lenyap dan ‘masuk ke dalam tong sampah’ tambahan pula jika ia melibatkan isu buli.

Baru-baru ini seorang aktor terkenal Korea, Jisoo dilaporkan terpalit dengan isu pernah membuli ketika di zaman sekolah.

Menurut Soompi, aktor yang kini menjadi sebutan dek kerana dramanya ‘River Where The Moon Rises’ yang sedang ditayangkan di KBS2 dan Viu, dikatakan sering melakukan keganasan di sekolah.

Fromandroid

 

Ex classmate dedah sikap Jisoo, pembuli besar dan terlibat kes gangguan seksual 

Menerusi sebuah forum di media sosial, ex classmate Jisoo ini memuat naik entri yang menuduh pelakon tersebut sering menjadi dalang kepada keganasan sekolah. Mereka juga dikatakan telah sama-sama bersekolah menengah dari tahun 2006 hingga 2008.

Aktor Jisoo adalah pelaku keganasan di sekolah. Dia seorang womanizer dan dia juga sering merakam hubungan intim dengan seorang pelajar sekolah menengah di bilik mandi. 

“Dia kemudian menyebarkan video tersebut dengan link-nya. Dia akan tahu apa yang saya beritahu jika dia melihat ini,” kata netizen tersebut.

Jisoo

Selepas daripada pendedahan ini, ada dua lagi mangsa lain yang tampil menceritakan pengalaman mereka dibuli Jisoo. Seorang daripada mereka mengatakan yang Jisoo sering menghamun kata-kata kesat kepadanya.

Hadoi… bukan sikit-sikit dia punya kes membuli ni. 

 

Jisoo buat permohonan maaf, tapi sudah terlambat… 

Selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan di media sosial, Jisoo akhirnya mengeluarkan permohonan maaf yang ditulisnya sendiri dan dimuat naik ke media sosial.

Permohonan maaf tersebut sekaligus menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan pelakon ini pernah membuat perkara buruk tersebut.

Antara perkara penting yang dikatakan Jisoo menerusi kenyataan maafnya:

“Saya benar-benar memohon maaf kepada semua yang terseksa disebabkan saya. Tiada alasan kepada kesalahan lalu saya. Ia adalah perkara yang tak boleh dimaafkan…. 

“Saya ingin meluahkan perasaan kesal saya terhadap semua yang terseksa sepanjang saya bekerja sebagai pelakon. Dan saya akan muhasabah diri dan bertaubat dek masa lalu tersebut di mana ia takkan hilang sepanjang hidup saya…. 

“Saya berasa terseksa dan bersalah apabila memikirkan yang saya sudah menyebabkan kesakitan kepada hubungan, produser, pelakon dan kesemua staf yang bekerja keras di set penggambaran ‘River Where The Moon Rises’. Saya sangat berharap agar ianya tidak akan terjejas disebabkan saya.

“Melutut dengan dua kaki, saya memohon maaf kepada semua yang disakiti oleh saya.”

Meskipun sudah memohon maaf, pihak produksi ‘River Where The Moon Rises’ memutuskan untuk mengeluarkan Jisoo daripada drama tersebut. Adoi… 

Lebih menyedihkan, Jisoo sebenarnya telah selesai melakukan penggambaran drama tersebut sebanyak 18 episod yang mana drama itu keseluruhannya mempunyai 20 episod. Halamak dah 90% shooting wehhh! 

Kini produksi dan stesen TV KBS2 sedang mencari aktor baru untuk menggantikan watak utama, Ong Dal.

 

“Cancel culture dorang lain macam. Kat Malaysia pulak yang kontroversi tu yang laku teruk” 

Antara respon daripada netizen Malaysia ialah pastinya kebanyakan bersedih kerana watak utama dalam drama tersebut terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Malah ada juga yang bersetuju dengan tindakan produksi drama tersebut yang tegas dalam menangani isu imej buruk seorang pelakon, tambahan pula kalau terbabit dalam isu serius seperti buli dan gangguan seksual.

Perkara ini ternyata sangat berbeza dengan Malaysia kerana ramai yang beranggapan lebih banyak kontroversi seorang artis itu, lebih lakulah dia dalam drama-drama di Malaysia, kan? Eh ke tak? 

Cancel

Kalau dah famous ni hati-hatilah. Perkara yang berpuluh tahun lepas pun orang boleh keluarkan semula. Sebab tu pentingnya jaga sikap kita baik-baik walau di mana kita berada. 

Baca: “Saya terima ugutan bunuh” – Janna Nick Mohon Maaf Isu ‘Lisa Blackpig’, Perjelas Fitnah Yang Dia Hadapi

Lisa Black

Sumber: IDN Times
Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.