in

“Kasih ibu sampai ke syurga” – Ibu Tunggal Tunggang Motor 1400 KM, Ambil Anak Yang Terperangkap Lockdown

Combine Ibu E1620447066393

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan negara di seluruh dunia telah melakukan inisiatif dengan membuat kawalan pergerakan atau lockdown bagi membendung wabak Covid-19.


Hal ini mengakibatkan orang ramai tidak dapat untuk keluar pergi bekerja kerana risiko untuk mendapat jangkitan virus itu tinggi.

Sudah pasti setiap ibu bapa juga memikirkan keselamatan anak yang jauh dari pandangan mereka.

Di India, seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Razia Begum, 50 dari Telangana nekad membawa pulang anaknya dengan menaiki motosikal secara bersendirian sejauh 1400 kilometer, lapor India Today.

India2

Dilaporkan, anaknya Muhammad Nizamuddin, 17 sedang membuat persiapan peperiksaan perubatan di Hyderabad dan dia kena pergi ke rumah kawannya di Nellore kerana dia perlu membantu ayah kawannya yang sedang sakit sewaktu arahan lockdown diumumkan.

India3

Wanita itu memulakan perjalanannya pada Isnin pagi dan tiba di Nellore pada Selasa tengah hari. Setelah itu, dia membawa anaknya semula ke rumah dan tiba pada Rabu petang.

India 1

Sebelum memulakan perjalanan, wanita ini berjumpa dengan ACP Jaipal Reddy untuk mendapatkan kebenaran pergi menjemput anaknya itu.

Dia juga hanya berhenti di beberapa stesen minyak dan beberapa checkpoint polis untuk membolehkannya berteduh.

Kisah wanita ini cukup menyentuh hati orang ramai kerana sanggup menjemput anaknya yang jauh dengan hanya menunggang motosikal sejauh 1400 kilometer.

Baca : “Mas, apakah kamu merindukan ibu kamu? ” – Netizen Terharu Lihat Cara Pramugara Layan Nenek 117 Tahun Dengan Penuh Kasih Sayang 

Pramugara

 

 

Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.