Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia, Majlis Meriah Diraikan Dengan Cara Punjabi di India

Tambah ke Sumber Pilihan
Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia, Majlis Meriah Diraikan Dengan Cara Punjabi di India

Jatuh cinta selepas menikmati hidangan capati di rumah keluarga perempuan, kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan gadis Malaysia, Illi Najwa Saddique semalam di India. 

Menurut Harian Metro, Manpreet dan Illi telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun lalu.


Majlis resepsi perkahwinan pasangan tersebut telah diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab dengan meriah sekali.

Manpreet, 28, dilihat mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, manakala Illi Najwa pula dilihat jelita dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar.

https://www.facebook.com/watch/?v=1469554309903253

Majlis tersebut telah dihadiri oleh keluarga, saudara mara, pemain pasukan kebangsaan, pengurusan dan tetamu jemputan pengantin.

Mereka sepatutnya dijadualkan berkahwin pada April lalu dengan resepsi majlis diadakan di Ludhiana tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak COVID 19.

Dapatkan permohonan khas untuk ke kampung halaman Manpreet

Dalam pada itu, Illi Najwa, 27, juga katanya telah berjaya mendapatkan permohonan khas daripada  kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi dan seterusnya ke kampung halaman Manpreet demi melangsungkan perkahwinan tersebut.

Wed 2Sumber: Facebook

Sumber dalaman Persekutuan Hoki Antarabangsa juga mengesahkan Illi Najwa berjaya membuat perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Disember lalu untuk bersama Manpreet.

“Ketika sekatan perjalanan antara India dan Malaysia kembali reda baru-baru ini, dia berjaya mendapatkan penerbangan ke New Delhi selepas mematuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan,” kata sumber.

Illi 1Sumber: Instagram

“Tertarik dengan kecantikan dan tingkah laku sopan Illi” – Manpreet 

Pasangan itu katanya pertama kali bertemu ketika Illi Najwa menyaksikan perlawanan di mana Manpreet menjadi ketika pasukan remaja India pada saingan Piala Sultan Johor 2012.

Mereka kemudian kerap berhubung apabila Manpreet kembali mengetuai pasukan kebangsaan India pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Manpreet tertarik dengan kecantikan dan tingkah laku sopan Illi Najwa, ketika dia menikmati hidangan capati di rumah keluarga wanita itu pada tarikh kedua mereka bertemu.”

Illli 2Sumber: Instagram

Pasangan itu pada awalnya merancang majlis perkahwinan mereka pada 30 Disember serentak sambutan hari lahir Illi Najwa namun akhirnya memilih 2 Disember atau 02/12/20 apabila dihitung akan berakhir dengan tujuh serta membawa makna nombor jersi yang dipakai Manpreet.

Difahamkan juga, Illi Najwa berkerja di sebuah universiti swasta di Malaysia dengan bertugas mengawal perancangan, pengembangan perniagaan dan aktiviti pengambilan pelajar di pasaran Asia Selatan.

Illi 3Sumber: Instagram

Ibunya Masita, pernah bermain hoki mewakili Angkatan Tentera Malaysia.

Manakala Manpreet pula dilantik menjadi kapten India sejak Mei 2017 dan pernah dinamakan Pemain Remaja Terbaik Asia pada 2014.

Selamat Pengantin Baru! 

Baca: [Video] Pemuda Pasrah Dipaksa Kahwin Dengan Pilihan Keluarga, Tapi Tak Sangka Rupanya Awek Sendiri

Paksa

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kapten Hoki India Kahwini Gadis Malaysia, Majlis Meriah Diraikan Dengan Cara Punjabi di India
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kapten-hoki-india-kahwini-gadis-malaysia-majlis-meriah-diraikan-dengan-cara-punjabi-di-india/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM