Kanak-kanak Cedera Ditik*m Oleh Bapa, Suspek Dipercayai Mempunyai Masalah Mental

Tambah ke Sumber Pilihan
Masalah Mental

Sumber: Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Pasir Mas, Kelantan dilaporkan telah cedera di dada dan di bahagian perut akibat ditikam oleh bapanya sendiri.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah berlaku pada pagi Jumaat semalam dan mangsa telah ditikam oleh bapanya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.


Menurut moyang mangsa, moyang kanak-kanak tersebut mengakui dia terkejut dengan kejadian itu kerana bapa dan anak itu sentiasa ke mana-mana berdua kerana hubungan mereka dua beranak rapat, lapor Harian Metro.

Difahamkan, suspek iaitu bapa mangsa dilaporkan telah menerima rawatan psikiatri sehingga kini sejak dari tahun 2008 kerana dipercayai mempunyai masalah mental.

Gambar Hiasan 1Sumber: Harian Metro
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditik*m 6 Kali Oleh Penceroboh Di Rumah

Artikel berkaitan: “Beri kami ruang” –  Kareena Kapoor Keluarkan Kenyataan Susulan Insiden Menimpa Suami

Kini, suspek yang berusia 40-an telah pun ditangkap oleh pihak polis dan ditahan direman oleh pihak berkuasa selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Gambar Hiasan

Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed iaitu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, suspek kini sedang dalam proses perceraian buat kali ketiga dengan isterinya.

Punca kejadian dipercayai akibat masalah rumah tangga yang dialami oleh suspek.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kanak-kanak Cedera Ditik*m Oleh Bapa, Suspek Dipercayai Mempunyai Masalah Mental
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kanak-kanak-cedera-ditikm-oleh-bapa-suspek-dipercayai-mempunyai-masalah-mental/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM