Korang mesti pernah pergi zoo kan? Antara perkara yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai selain daripada melihat pelbagai jenis haiwan adalah pertunjukan bebas haiwan seperti singa laut, monyet dan juga burung. Penjaga zoo akan mengikut prosedur yang ditetapkan dan patuh akan ciri keselamatan bagi elakkan perkara yang tak diingini berlaku.
Menurut Sinar Harian, tindakan seorang pekerja zoo di Jamaica yang bersungguh-sungguh mahu mengagumkan pengunjung zoo dengan memasukkan jari ke dalam sangkar singa akhirnya makan diri sendiri.
Dalam kejadian di Zoo Jamaica berhampiran Lacovia baru-baru ini, pekerja malang terbabit dirakam melakukan provokasi terhadap seekor singa dengan berulang kali mencucuk muka haiwan terbabit. Mangsa sempat ‘memperlekeh’ singa terbabit sebelum jarinya digigit haiwan berkenaan.
Insiden itu dilihat kira-kira 15 pengunjung zoo yang pada mulanya menganggap jeritan mangsa sebagai gurauan. Seterusnya, mangsa dilihat bergelut untuk lepaskan gigitan sebelum rebah ke tanah dengan kecederaan parah pada bahagian jari. Apa yang lebih teruk lagi, jari manis mangsa turut terputus dan gagal untuk diselamatkan.
Sementara itu, Zoo Jamaica dalam kenyataan berhubung insiden berkenaan menyebut yang rupanya mangsa bukannya kakitangan sepenuh masa sebaliknya hanya pekerja kontrak.
Tambah Zoo Jamaica lagi, pihaknya memandang serius sebarang penganiayaan dan pengabaian prosedur keselamatan ketika mengendalikan haiwan di premisnya.
Jadinya, janganlah kita memandai-mandai nak provok haiwan, takut menempah maut pula!
Baca: “Ada jawatan kosong ke” – Netizen Cair Tengok Staf Zoo Negara ‘Bergelut’ Dengan Baby Panda