in

“Kami tak boleh cuti sampai PKPB habis” – Polis Kongsi Dorang Kena Kerja Masa Kita Sibuk ‘Makan Rendang’

Collage 768X403.Png

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang PKP, frontliners bekerja keras untuk memastikan kita selamat sementara kita hanya perlu duduk di rumah bagi melawan pandemik Covid-19. Ini termasuklah anggota PDRM yang terpaksa bekerja setiap hari tak kira hujan atau panas untuk pastikan rakyat patuh dengan arahan kerajaan.


Bukan tu je, dorang juga terpaksa bekerja semasa sedang berpuasa dan ketika kita sibuk menyediakan juadah raya dan beraya, anggota PDRM masih perlu terus bekerja.

Seorang pegawai polis, Inspektor Muhammad Azrul Bin Zakaria yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Johor kongsikan pengalaman dia bekerja sepanjang tempoh PKP ini.

Azrul2

Berkongsi dengan WORLD OF BUZZ, Azrul mengatakan sepanjang perayaan Aidilfitri, dia ditugaskan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan sekatan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan sempadan bagi memastikan tak ada kenderaan awam yang masuk ke negeri Johor sepanjang tempoh PKPB ni.

Kami juga buat pemantauan dan pemeriksaan terhadap pusat-pusat kuarantin serta sektor industri bagi memastikan segala SOP dipatuhi.”

Mungkin bagi korang, pihak polis mestilah dah biasakan kena bertugas masa hari raya. Tapi, apa yang korang tak tahu, sebelum ini dorang akan ambil cuti untuk beraya bersama keluarga kalau tak dapat cuti masa raya pertama, tapi disebabkan oleh pandemik Covid-19 ni, cuti dorang dibekukan hingga PKPB tamat tau!

Azrul3

Dah lah kena bekerja setiap hari, anggota polis ni juga terpaksa menghadap kerenah-kerenah segelintir rakyat Malaysia yang degil dan marah bila dorang diarahkan untuk patah balik. Tak cukup dengan tu, dorang juga berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak ini.

“Masa awal PKP ada juga saya kena marah kenapa sebab arahkan mereka untuk berpatah balik, so saya bagi nasihat secara berhemah dan mereka akur.”

Azrul4

“Of course memang takut dijangkiti. Bila balik rumah saya akan mandi luar rumah dulu baru masuk sebab isteri dan anak-anak di rumah kan.”

Walaupun Azrul tak dapat nak menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini, inspektor polis ini mengatakan yang pengorbanannya berbaloi dan sebagai anggota polis dia faham dengan tugasnya.

Perang belum berakhir, marila kita bersama-sama memaikan peranan tanggungjawan sosial untuk mengawal penyebaran Covid-19 dengan menerapkan SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.”

So, korang janganlah sia-siakan pengorbanan frontliners ni dan teruskan tanggungjawab kita untuk melawan pandemik ni.

 

Baca: Netizen Sebak Baca ‘Nota’ Dr Noor Hisham Buat Frontliners!

Screenshot 2020 06 01 At 4.44.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.