in

“Kami nak pergi Malaysia!” – Guru Ajar Murid Jepun Masak Pisang Goreng Raih Pujian Netizen

Jepun 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, animasi Mechamato pernah menjadi kegilaan kanak-kanak di negara Jepun sampaikan ada yang teringin nak makan kuih karipap selepas menonton animasi tersebut.


Baru-baru ini, seorang guru warga Malaysia di Jepun telah mengajar anak muridnya masak pisang goreng di sekolah mereka. Disebabkan itu, mereka memuji hidangan tersebut sehingga mahu melawat ke Malaysia.

Masak pisang goreng dalam kelas

Dalam satu sesi pembelajaran, murid-murid diberikan beberapa bahan untuk memasak pisang goreng seperti pisang, tepung, kunyit dan sebagainya. Kelas mereka belajar memasak itu juga lengkap dengan alatan dapur, contohnya, kuali, dapur memasak dan lain-lain.

Artikel berkaitan: “Ingatkan ikan bilis” –  Lelaki Kongsi Beli Pisang Goreng Nipis, RM2 Dapat 5 Ketul

Artikel berkaitan: “Hanya berhenti 3 saat” – Pemandu Ambulans Didakwa Berhenti Beli Pisang Goreng Semasa Hantar Pesakit

Guru tersebut mengajar mereka daripada cara membancuh tepung, memotong pisang termasuklah cara masak hidangan tersebut. Semua murid nampak teruja dan tidak melepaskan peluang berharga menggoreng pisang buat pertama kali.

Siap sahaja makanan tersebut, murid-murid juga diberi peluang untuk menghias pisang goreng dengan manisan seperti sos coklat, keju dan sprinkles.

“Sedap sangat!”

Momen berharga turut dirakam oleh guru itu untuk melihat reaksi anak muridnya yang pertama kali makan pisang goreng. Bukan seorang sahaja yang memuji bahkan kesemua mereka berasa amat teruja dan seronok selepas makan hidangan itu. Di akhir video, mereka bersorak beramai-ramai dan mengatakan mahu datang ke Malaysia.

Guru yang mengajar di Hioki City, Jepun itu turut mengatakan mahu membuat banyak lagi program di sekolah rendah itu bagi mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Jepun.

Tengok budak-budak Jepun memang suka makanan Malaysia. Suka pisang goreng. Nanti kita akan banyakkan lagi program untuk kenalkan budaya Malaysia.

@tinggai.kat.jepun

Ajar anak-anak Jepun buat Pisang Goreng #Japan #Hioki #Malaysia

♬ original sound – Tinggal Kat Jepun – Tinggal Kat Jepun

Video berdurasi kurang satu minit ini mendapat pujian netizen di ruangan komen. Mereka juga teruja bila mengetahui subjek memasak ada dalam silibus sekolah rendah.

Jepun 1 Jepun 2 Jepun 3

Sedapnya pisang goreng!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.