“Kami mahu angkat industri ceramah ke tahap tinggi” – Neelofa Perjelas Isu Kenakan Bayaran RM850 Untuk Majlis Ilmu

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kami mahu angkat industri ceramah ke tahap tinggi” – Neelofa Perjelas Isu Kenakan Bayaran RM850 Untuk Majlis Ilmu

Pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz tampil menjawab pertikaian segelintir pihak yang meluahkah rasa kurang senang melihat harga majlis ilmu yang dianjurkan mereka, dikatakan sekitar RM850 terlalu tinggi dan tidak wajar.

Menurutnya, pihak mereka memberikan pengalaman berbeza buat tetamu yang hadir dan harga yang dikenakan itu adalah setimpal dengan apa yang ditawarkan.


“Kami buat di hotel lima bintang dan makanan disediakan sedap. Tetamu yang hadir bukan sekadar datang dan balik.

“Setakat ini, tiada siapa yang merungut dengan apa yang kami berikan,” katanya.

Screenshot 2025 12 11 105356

Artikel berkaitan: Tawar Pakej Umrah VVIP Bersama Neelofa & PU Riz, Netizen Terkejut Harga Cecah RM35,000 Seorang

Artikel berkaitan: PU Riz Terkilan Sikap Segelintir Penyokong Kurang Adab Ketika Menonton Perlawanan MU Lawan ASEAN All-Stars

Sementara itu, suaminya PU Riz turut memaklumkan selain memberikan pengalaman berbeza, pihaknya juga mengundang tetamu undangan untuk berkongsi pengalaman secara eksklusif dalam majlis mereka.

“Ilmu yang disampaikan boleh dapat di luar sana, cuma mungkin pendekatan kami agak berbeza. Kami hanya mahu angkat industri ceramah ke tahap lebih tinggi.

“Kami juga bawakan rakan-rakan secara eksklusif untuk kongsi pengalaman mereka.

“Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak,” ujarnya.

Sehubungan itu, PU Riz berharap penganjuran program mereka dapat diperluaskan kepada lebih ramai orang yang berkemampuan.

Sumber: mStar

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kami mahu angkat industri ceramah ke tahap tinggi” – Neelofa Perjelas Isu Kenakan Bayaran RM850 Untuk Majlis Ilmu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kami-mahu-angkat-industri-ceramah-ke-tahap-tinggi-neelofa-perjelas-isu-kenakan-bayaran-rm850-untuk-majlis-ilmu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM