in

“Kami dalam proses perceraian” – Noor Nabila & Engku Emran Sah Bakal Bercerai

Noor Nabila Engku Emran Sah Bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Status rumah tangga kakak kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terjawab apabila Nabila mengesahkan bahawa dia bakal bercerai dalam waktu terdekat.


Menurut Nabila, keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.

Artikel berkaitan: “Bila masa pula ni”- Fiza Halim Nafi Bercinta Dengan Engku Emran

Artikel berkaitan: ‘Delete’ Gambar Nikah, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?

“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya.

1083381

Ujarnya, dia enggan berkongsi masalah rumah tangga kepada umum kerana perkara itu sebaiknya hanya antara mereka yang tahu serta dijadikan pengajaran buat dirinya.

“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga Nabila dengan Engku Emran didakwa retak menanti belah dan sumber rapat turut mendakwa pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung serta dalam proses perceraian.

Sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun 2021, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, dia juga pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Manakala Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.