in

“Kalau tak salah kenapa unfriend” – Lepas Ceraikan Isteri, Da’i Farhan ‘Block’ Adik Sendiri Sebab Bagi Teguran?

Dai Block Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harini, kecoh satu Malaysia pasal berita Da’i Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nur Ain dengan talak satu melalui voice note di Whatsapp.


Perkara itu mula mendapat perhatian netizen selepas dimuat naik oleh seorang peguam bernama Asiah Abd Jalil di Facebook. Terpanggil untuk memberi respon, Farhan kemudian memberi pengesahan tentang hal itu.

Yang cerai tu betul… ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa).”

Daie Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil anak kedua, dengan talak satu.Lafaz cerai…

Posted by Asiah Abd Jalil on Tuesday, December 3, 2019

Farhan juga menafikan bahawa dia berada di luar negara seperti yang didakwa peguam terbabit. Bahkan, Farhan juga enggan mengulas lanjut tentang punca mengapa isteri pertamanya itu diceraikan.

Daie
sumber: facebook

Terbaru, adik Farhan sendiri, Nik Fatma Amirah membuat kenyataan di Facebook miliknya memberitahu bahawa abangnya telah ‘unfriend’ dan ‘block’ dia di Facebook.

Kata Fatma, Farhan bertindak sedemikian selepas ditegur kerana memperlakukan kakak iparnya sebegitu.

Semalam adalah hari yang sangat mengecewakan. Kecewa dengan tindakan seorang abang yang tidak bertanggungjawab.”

Saya di block dan di unfriend oleh abang sendiri kerana saya bersuara untuk kakak ipar saya.”

Fatma juga sudah menemani Fatin sejak beberapa minggu lepas untuk memberikan sokongan emosi serta mendengar luahan bekas isteri pertama Farhan itu.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2718845238177047&id=100001547924461&set=p.2718845238177047

Fatma turut menegur Farhan melalui posting Facebook itu selain turut meminta semua sahabat untuk mendoakan abangnya itu sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.

Untuk Farhan hiduplah atas dunia ini sesuka hatimu, tapi ingat apa-apa yang Mama tidak redha, kamu tidak akan ke mana.”

Untuk ‘wanita’ yang telah merampas kebahagiaan ini, ingatlah, Allah ini Maha Adil. Pasti Allah akan balas segala tindakanmu.”

Kita doakan yang terbaik untuk mereka semua…

Baca: “Yang cerai tu betul, yang lain fitnah!” – Da’i Farhan Mengaku Ceraikan Isteri Pertama Tapi Nafi Lakukan Kekerasan

Daiisteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.