in

“Kalau tak racist, bodoh” – Netizen Kecam Wanita Hitamkan Muka & Pakai Bindi Untuk Jual Produk Kecantikan

Ft 1 20

Makin lama makin tak boleh nak terima teknik pemasaran sesetengah pengasas produk kecantikan ni. Sanggup buat macam-macam supaya dapat kecaman untuk dapatkan populariti. Lagi tak faham, ramai pulak tu orang yang beli produk-produk dari marketing murahan ni.

Baru-baru ni, tular video sorang lagi pengasas produk yang bertindak melampau sampai pakai make-up hitam dekat muka melambangkan orang kulit gelap untuk tunjuk “keberkesanan” produknya.

2 2 1

Dalam video dekat bawah nanti, korang boleh tengok macam mana wanita ni dengan selambanya tunjuk gambar wanita berbangsa India dan komen mukanya hitam. Admin tak sanggup nak tengok sampai habis.

Lepastu dia boleh pulak letak disclaimer yang dia bukannya racist sambil dalam video tu dia ajuk cara orang India bercakap dan tunjuk memek-memek muka yang sangat-sangat bersifat perkauman.

1 3 1

Bukan setakat hitamkan muka je, wanita ni jugak dengan beraninya pakai Bindi atau Pottu yang biasanya dipakai oleh wanita atau perempuan Hindu sebagai simbol mata ketiga dan untuk menghalau kejahatan.

Tak cukup dengan tu, dia juga mula menyanyi lagu popular dari filem Kabhi Kushi Kabhi Gham sambil mempromosikan produknya boleh putihkan kulit orang India. OMG the disrespect!

Lagi tak boleh blah, dekat akhir video dia siap goyangkan buah dadanya sambil laungkan “Astaghfirullah al’adzim”. Haih, urut dada tengok!

Screenshot 2019 10 24 At 12.02.40 Pm

Korang kalau nak tengok betapa teruknya video wanita ni, korang boleh tengok kat bawah ni:

https://www.facebook.com/aj.jermayne/videos/pcb.10221730002706115/10221730622961621/?type=3&theater

Walaupun ada beberapa point yang dia cakap dalam video, macam orang selalu menghina orang kulit hitam ada kebenarannya, tapi admin rasa dalam masa sekarang ni cubalah elakkan benda-benda yang boleh cause racial tension among us. Lagi-lagi buat video kontroversi macam ni sampai hitamkan muka bagai. Dah-dah lah tu.

 

Baca: “Sh*t Malay” – Biarpun Dimaki Dengan Ayat Racist, Salute Dengan Sikap Tenang Remaja Ini Tenangkan Orang Tu

Screenshot 2019 10 24 At 12.17.51 Pm