in

“Kalau salah 1 tak ada mimpi itu dianggap mainan tidur” – Ustaz Don Jelaskan 6 Syarat Kalau Nak Tahu Mimpi Kita Itu Benar

Mimpi4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mimpi memang mainan tidur, tapi adakalanya ia akan memberikan sesuatu petanda kepada diri kita. Bagaimanapun kalau terlalu bergantung harapan dengan mimpi untuk mendapatkan sebarang petanda, boleh khurafat jadinya sebab seperti yang dikatakan tadi ia hanyalah mainan tidur.


Tapi, macam mana kita nak tahu kalau mimpi itu hanyalah mainan tidur semata ataupun ia benar-benar membawa petanda? Ustaz Don ada ceritakan perkara ini ketika dia buat ig live dengan Remy Ishak baru-baru ini.

Video tu dikongsikan oleh netizen di Twitter semalam dan sepanjang masa ini ia telah meraih 13.4K retweets. 

 

1. Dalam keadaan wuduk.

 

2. Tidak dalam keadaan berhadas besar

 

3. Lepas mimpi terus terjaga

 

4. Mesti berlaku tengah malam ke atas

 

5. Ingat mimpi tu sampai bila-bila

 

6. Mimpi yang berulang-ulang

 

6 syarat ni mesti/wajib ada. Kalau salah 1 tak ada, mimpi tu dianggap mainan tidur

Ramai netizen yang tertarik dengan perkongsian ini, ia sangat berguna kepada kita. Ada juga netizen ceritakan yang mereka pernah alami perkara ini seperti berjumpa dengan arwah ibu mereka dan ada juga yang alami pengalaman mengerikan dalam mimpi mereka.

Rata-rata kesemua 6 ciri-ciri ini mungkin kita pernah lalaui. Tapi ingat, Ustaz Don kata pastikan keenam-enam syarat ini ada pada diri kita baru lah ianya betul, andaikata hanya salah satu atau tak lengkap ia mungkin hanya sekadar mainan tidur sahaja.

Korang boleh tonton video penuh dekat sini.

View this post on Instagram

Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan Ustaz pada malam 27 Ramadhan 1441 AH. Terima kasih Ustaz kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu bersama saya dan juga rakan-rakan di ruangan ini. Semoga Ustaz dan keluarga dilindungi Allah SWT dan terus beroleh kebaikan dunia & akhirat. . Kepada anda semua yang menonton, semoga kita beroleh kebaikan melalui perkongsian Ustaz di malam 27 Ramadhan ini. . Terima kasih kepada boss besar @origina_hq , Puan @adilshuib @ anakanda beliau @fatindianaa kerana telah menyatukan saya dengan Ustaz serta mewujudkan majlis ilmu di ruangan ini pada malam ini. Semoga dimudahkan segala urusan dunia & akhirat. . #originaramadhan #rasaenakramadhan #originabersharity

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

 

Baca : “Awat pelik doa depa ni” – [VIDEO] Tersalah Baca Niat Puasa Masa Sahur Dalam Drama, Ramai Yang Terhibur Dengan Remy Ishak

Remy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.