in

“Kalau kau gugurkan sekarang, kita still boleh bersama & ada baby lain” – Anak & Ibu “Sama Naik’ Desak GF Gugurkan Kandungan

Bayi3

Tak dinafikan ‘terlanjur’ dalam hubungan tu memang salah, tapi apabila hamil, janganlah menghapus nyawa dan jasad yang masih suci dalam kandungan itu sebagai mangsa untuk lindungi dan lari daripada masalah.

Baru-baru ini, ada satu kes berlaku dekat Segamat, Johor apabila seorang wanita didesak oleh teman lelakinya untuk gugurkan kandungannya. Itu perkara biasa kan? Tapi yang teruknya untuk kes ini adalah mak si BF tu pun ‘sama kepala’ suruh gugurkan.

Menurut China Press, pemuda dan ibunya menasihati wanita tersebut untuk segera berjumpa dengan doktor untuk gugurkan kandungannya secepat mungkin dan si BF itu siap ugut tak nak kahwin dengannya lagi kalau dia nak simpan kandungan tu.

Video rakaman

Kes ini siap ada rakaman sekali dan tersebar di media sosial, dalam rakaman itu si BF dengan mak dia tengah ada perbincangan dengan keluarga wanita tersebut. Kedua-dua belah keluarga dilihat tidak bersependapat.

Dalam rakaman lain, dilihat pemuda itu memberikan penjelasan yang dia tidak mempunyai duit belanja untuk besarkan anak itu, dikatakan lelaki itu ada cakap yang dia sendiri tak mampu nak ada rumah sendiri sebab sekarang ini pun tengah tinggal rumah parent.

“Kalau kau lahirkan baby tu, aku tak dapat nak jaga. Kalau kau gugurkan sekarang, nanti kita still boleh bersama dan ada baby lain. Sekarang ni kau ada duit ke?”

Lelaki itu juga menjelaskan yang gesaannya menyuruh teman wanita itu untuk gugurkan juga menunjukkan bahawa dirinya begitu bertanggungjawab.

Dalam pada itu, lelaki tersebut bertanyakan kepada wanita itu jika dia mahu menjadi ibu tunggal bahkan siap cakap nanti susah nak jumpa BF baru dan suami baru pada masa akan datang. Ia bertujuan nak menakut-nakutkan wanita tersebut.

Katanya lagi kalau dia bersetuju nak gugurkan, dia akan berkahwin dengan wanita itu lepas duit dah cukup dan nak beli satu rumah.

Mak dia juga cuba nak convince wanita itu untuk gugurkan, siap cakap kalau sayangkan anak dia, dia akan selesaikan ‘masalah remeh’ ini. Dia juga menjelaskan menjadi seorang ibu tunggal ini agak susah.

Namun, ketika ditanya oleh China Press, si mak BF tu kata dia tak tahu apa yang berlaku dan berkata kepada media bahawa insiden ini semua tak betul dan akan buat laporan polis.

Sudi nak bertanggungjawab?

Anak 1

Kes ini jadi lain pula apabila lelaki itu dikatakan telah berubah fikiran, mengatakan bahawa dia akan bertanggungjawab untuk jaga anak dan teman wanitanya.

Kedua-dua keluarga sudah ke balai polis tapi tiada sebarang persetujuan dibuat.

Namun dengan bimbingan keluarga, si teman wanita itu tidak mahu berkahwin dengan pemuda itu, lapor Oriental Daily.

“Saya akan bertanggungjawab atas ketelanjuran saya dengan teman wanita saya, ini kerana anak itu darah daging saya. Walaupun perbincangan hari ini sia-sia, saya akan tunggu dia ubat fikiran dan akan jaga dia dan nak kami pada masa akan datang” katanya yang berharap agar ibu bapa keluarganya akan terimanya dan diberi peluang untuk menjadi seorang ayah yang baik.

Ada offer duit?

Anak3

Tapi lain pula kes yang timbul, abang kepada si wanita itu kongsikan perbualan antara adiknya dengan lelaki itu.

Menerusi China Press, lelaki itu ada tanya wanita tersebut jika dia mahu daftar perkahwinan atau ditawar RM 30,000 sebagai pampasan? Keluarga wanita itu pilih pampasan.

Namun begitu, dakwaan itu disangkal oleh abang wanita itu bahawa mereka tidak pernah meminta duit dan pampasan yang ditawarkan itu adalah alimony (perintah undang-undang)

 

Baca : “Kat Malaysia yg controversy laku teruk” – Terjebak Tuduhan Buli, Aktor Korea Jisoo Terus Digugurkan Dari Drama ‘River Where The Moon Rises’

Korean

Sumber: WOB