in

“Kalau berani panggillah saya joker dalam Dewan Rakyat!”

Abe Mat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau baru-baru ni Datuk Seri Najib sakan mengutuk Menteri Pertahanan, Mat Sabu yang dikatakan berperangai macam joker atau kartun, haa sekarang Mat Sabu dah jawab dakwaan bekas PM ni!


Mat Sabu semasa ditemui media lepas sidang Parlimen hari ni berkata, sebagai seorang anggota Parlimen, Najib sepatutnya buat kenyataan macam tu di dalam Dewan Rakyat, lapor Malaysiakini.

20180604 Mat Sabu 07
sumber: malaysiakini

Namun disebabkan kritikan tu dibuat dekat luar dan bukan dalam Dewan Rakyat, Mat Sabu ambil sikap tak mahu layan apa yang dikatakan bekas PM tersebut. Malah katanya lagi, bekas PM tu bertindak tak gentleman langsung dan macam orang pengecut. Ouch! 

“Komen di luar saya tak mahu jawablah… saya nak jawab (kalau) komen dalam Parlimen.

“Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk di bawah pusatlah (pengecut). Macam tu tak gentleman lah… marilah komen dalam ni,” cabar Mat Sabu. Amboi Abang Mat!

Mat Sabu Parlimen Bernama 1 1
sumber: fmt

Mengulas lanjut atas dakwaan yang dikeluarkan Najib, Mat Sabu berkata yang ia terlalu awal untuk bekas PM tu buat komen tentang kemampuannya sebagai Menteri Pertahanan.

“Saya baru dua bulan jadi (menteri)… nak nilai seseorang yang dua bulan itu, belum tiba masanya.

“Tumpuan saya pada Kementerian Pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai tunggulah dan lihat,” ujarnya lagi.

Nah video komen Mat Sabu mengenai isu ni:

Abang Mat baru dua bulan jadi Menteri Pertahanan. Banyak lagi yang dia perlu belajar. So korang kat luar sana tolong bersabar ye…

Baca: “Mat Sabu menteri kartun!” – Najib 

Sabu Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.