in

JPJ Diarah Bayar RM40,000 Berhubung Kes Hak Cipta Plat MADANI

Ft Plat Madani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melanggar hak cipta berkaitan penggunaan bahan promosi bagi program bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas MADANI.

Dalam penghakiman yang disampaikan pada Selasa lalu, Hakim, Datuk MM Edwin Paramjothy memutuskan bahawa Pengarah Program Ilham Madani Sdn Bhd, Hasan Azhari Hashim selaku plaintif perlu diberikan ganti rugi statutori dan tambahan berjumlah RM40,000 serta kos sebanyak RM25,000.


Artikel berkaitan: Lebih Sejuta Pelajar IPT Bakal Menerima Baucar Buku MADANI Bernilai RM100 Mulai Hari Ini

Artikel berkaitan: Lebih 2,000 Peluang Kerjaya Menanti Rakyat Johor Sempena Karnival Lindung Kerjaya MADANI Anjuran PERKESO

“Penghakiman ini menunjukkan hak harta intelek tidak berkurangan semata-mata kerana pihak yang dikatakan melakukan pelanggaran ialah sebuah pihak berkuasa awam.

“Hak cipta adalah milik penciptanya dan undang-undang terpakai secara sama rata kepada setiap orang dan setiap institusi termasuk Kerajaan. Pihak berkuasa awam diharapkan menegakkan undang-undang, dan ini semestinya merangkumi pematuhan terhadap perundangan hak cipta Malaysia.”

Prosiding tersebut turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Nik Mohd Noor Nik Kar.

Madani

“Penghakiman ini menunjukkan hak harta intelek tidak berkurangan semata-mata kerana pihak yang dikatakan melakukan pelanggaran ialah sebuah pihak berkuasa awam.”

“Hak cipta adalah milik penciptanya dan undang-undang terpakai secara sama rata kepada setiap orang dan setiap institusi termasuk Kerajaan. Pihak berkuasa awam diharapkan menegakkan undang-undang, dan ini semestinya merangkumi pematuhan terhadap perundangan hak cipta Malaysia.”

“Anak guam kami tidak pernah berhasrat menghalang kerajaan daripada memperkenalkan inisiatif yang memanfaatkan orang ramai. Apa yang dituntut beliau ialah pengiktirafan bahawa karya kreatif wajar mendapat perlindungan undang-undang dan tidak boleh diambil tanpa kebenaran. Mahkamah Tinggi kini telah menegakkan prinsip tersebut,” kata Rajesh.

Menurut kenyataan tersebut, defendan ada tempoh sebulan dari tarikh penghakiman untuk memfailkan rayuan jika ingin berbuat demikian.

Untuk rekod, Hasan Azhari telah mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada kerajaan supaya membayar ganti rugi sebanyak RM 1.3 juta berikutan dengan dakwaan pelanggaran hak intelek tersebut.

Dalam tuntutan itu, beliau menuntut bayaran ganti rugi bersamaan dengan separuh dripada hasil penjualan nombor plat tersebut dalam tempoh 7 hari selepas LOD itu diterima.

Sumber : Utusan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.