Boleh kata hampir semua pemilik rumah zaman sekarang takut untuk sewakan rumah mereka kerana risau dapat penyewa yang pengotor. Itulah yang berlaku dekat seorang tuan rumah di Miri, Sarawak ni bila rumah miliknya dibiar dalam keadaan yang jijik oleh bekas penyewa.
Menurut WORLD OF BUZZ, rumah teres satu tingkat itu sebelum ini disewa oleh seorang guru sekolah selama lebih kurang 6 hingga 7 tahun. Guru tu kemudian beritahu yang dia nak pindah keluar tahun lepas tapi sebaik kontrak sewa tamat, dia tak mahu pulangkan semula kunci rumah kepada pemilik.
Pemilik sendiri yang kena contact dan follow up dengan guru tersebut sampai dia dapat balik kunci tu. Dah la buat hal taknak pulangkan kunci, lebih teruk lagi guru tu tinggalkan rumah dia dengan penuh sampah sarap dan sangat kotor.
Sebaik saja pemilik buka pintu rumah tu, dia nampak sampah penuh atas lantai dan ada yang terkeluar dari kotak-kotak. Kebanyakannya sampah tu adalah botol kosong, beg plastik dan kotak kadbod, tetapi ada juga sisa makanan, minuman dan peralatan yang tak dicuci ditinggalkan atas meja.
Bayangkan betapa teruknya keadaan rumah tu kena tinggal sampaikan tuan rumah ambil masa sehingga 4 hari untuk selesai kerja-kerja pembersihan. Kata tuan rumah tu, guru tu dulu buat kelas tuisyen dekat rumah mungkin juga itu menjadi penyebab terlalu banyak sampah ada. Tak kiralah tuisyen ke apa, rumah kenalah bersih kan?!
So, kepada pemilik rumah yang ada penyewa tu, rasanya eloklah korang buat inspection sebulan sekali ke. Jangan langsung tak visit, tau tau rumah kena tinggal kotor!