in

“Merepek je”- Red Velvet & MAMAMOO Antara 4 Kpop Star Yang Akan Dibubar Tahun Depan?

Featured 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahun korang, setiap kumpulan kpop yang ditubuhkan pada 2014 perlu berbincang sama ada nak perbaharui kontrak dengan syarikat mereka atau tak.


Sekiranya dorang pilih untuk tak perbaharui kontrak mereka, maka perjalanan karier dorang sebagai bintang kpop akan berakhir, lapor Daebaking.

Ia bersesuaian dengan undang-undang baharu yang diperkenalkan kerajaan korea pada 2009 yang menyekat semua kontrak idola kpop sekiranya dah capai 7 tahun.

So antara kumpulan yang berkemungkinan untuk dibubar adalah berikut :

 

1. Red Velvet

Unnamed
Sumber: koreaboo

Kumpulan ni mula ‘muncul’ di pentas korea sebagai kumpulan kpop pada Ogos 2014 so ada kemungkinan Red Velvet akan dibubarkan pada Ogos 2021…kalau ikut undang-undang tu lah.

Ada peminat yang percaya bahawa anggota Red Velvet akan tinggalkan syarikat rakaman mereka bila kontrak dah habis sebab kurang promosi daripada kumpulan tersebut.

Tapi ada yang kata syarikat rakaman tak akan lepaskan kumpulan ini kerena ‘aura’ mereka yang kuat.

2. GOT7

Diruocouwaaq9Kr
Sumber: kpopmap

Bagi boy band yang ni pulak, mereka mulakan kerjaya pada Januari 2014 so keputusan kontrak kumpulan ini dijangka akan diumumkan pada Januari 2021.

Tapi sebelum ni GOT7 ada bagi kenyataan secara terbuka mengenai ‘jinx 7 tahun’ iaitu kemungkinan kebanyakan kumpulan akan dibubar pada tahun ke-7 atau lebih awal…Mungkin lepas pengenalan undang-undang baru tu kot.

Tapi tahun lepas GOT7 ada beritahu yang mereka tak bimbang tentang perkara tersebut.

3. MAMAMOO

Mamamoo No Brasil
Sumber: breaktudo

Bagi MAMAMOO pula, mereka debut pada Jun 2014, so bermaksud Jun 2021 genap 7 tahun mereka dalam industri dan berkemungkinan menjadi bulan terakhir mereka sebagai satu kumpulan.

Tapi mungkin tak perlu risau sangat sebab keempat-empat ahli MAMAMOO dan mengorak langkah dengan kerjaya solo masing-masing.

Persoalannya adakah mereka lebih memilih bergerak secara berkumpulan atau solo?

4. Lovelyz

Lovelyz.full .42946
Sumber: kpop asiachan

Lovelyz satu nama yang tidak asing dalam industri kpop, debut secara rasmi pada November 2014 dan dijangka Lovelyz akan buat keputusan sama ada menyambung atau hentikan kontrak pada November 2021.

Sejak debut lagi mereka telah tunjukkan persembahan yang sangat baik dan konsisten malah berjaya lebarkan sayap ke seluruh Asia.

Ada cakap-cakap, kalau ada seorang atau dua anggota tidak ingin memperbaharui kontrak adalah agak sukar Lovelyz untuk promosikan kumpulan mereka.

So ini semua hanyalah andaian, dan perkara ini masih belum diputuskan, memandangkan rata-rata mereka mempunyai masa setahun lagi sebelum membuat keputusan.

So kpopers sekalian, macam mana?

Baca : Mengaku pura-pura bahagia Bintang Kpop, Sulli Dilaporkan Meninggal Dunia Dirumahnya

Kpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.