in

Jepun Sediakan Masjid Bergerak Untuk Kemudahan Muslim

Jep2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jepun ni memang terkenal sebagai negara yang Muslim friendly. Dorang memang ambil berat tentang keselesaan pelancong Muslim sebab korang boleh cari makanan halal dan tempat solat dengan senang kat sana.


Menerusi Astro Awani, Jepun sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020, cuba untuk menyediakan persiapan yang memuaskan untuk semua orang. Yang sweetnya, Jepun menyediakan masjid bergerak untuk kemudahan pengunjung Muslim semasa acara tersebut berlangsung. Baiknya!

Jep1
sumber: facebook

Padan dengan nama dia, masjid tu boleh bergerak kat kawasan yang tak ada kemudahan solat. Dengan cara ni, atlet dan pengunjung Muslim boleh solat dengan mudah. Arigatou!

Untuk pengetahuan korang, masjid tu muat 50 orang jemaah dalam satu masa. Kemudahan unik itu diuruskan oleh Yasu Project Co. Ltd. beroperasi daripada sebuah trak. Selain tu, ada tempat ambil wuduk dan dewan solat yang sangat selesa. Fuhhh! Macam masjid betul.

Jep2
sumber: blog
Jep3
sumber: facebook

Pegawai Eksekutif Korporat Yasu Project, Junya Imamura ni betul-betul serius nak bina masjid bergerak ni sebab dia sanggup pergi research sendiri kat Masjid Fukuoka kira-kira dua tahun dulu. Dedicated sungguh!

Dia jugak menambah yang semakin ramai jumlah umat Muslim dekat Jepun ni. So, dia rasa memang patut memperluaskan kemudahan supaya dapat serve orang yang nak beribadat.

Syabas Jepun sebab sentiasa pastikan keselesaan pengunjung Muslim tak kira masa!

Baca: “Buat malu je kat masjid!”

Jep

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.