Jenayah Terlampau Terhadap Kanak-kanak, Iran Buat Hukuman Mati Secara Terbuka

Tambah ke Sumber Pilihan
Hukuman Mati

Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan telah dihukum mati secara terbuka di bandar Bukan, barat laut Iran, menurut kenyataan rasmi badan kehakiman Iran.

Pelaksanaan hukuman itu dibuat atas permintaan keluarga mangsa serta penduduk setempat, yang menuntut keadilan ditegakkan secara terbuka kerana kes berkenaan telah mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat.


“Kes ini diberikan perhatian khas kerana kesannya yang mendalam terhadap emosi dan pandangan masyarakat umum,” – Naser Atabati, Ketua Hakim Wilayah.

Screenshot 2025 07 13 At 12.09.12 Pm

Artikel berkaitan: Laluan Udara Iran Dibuka Semula Untuk Penerbangan Antarabangsa

Artikel berkaitan: Harimau Malaya Tak Jadi Lawan Iran, Tarik Diri Dari CAFA 2025

Memetik laporan Buletin TV3, hukuman mati terhadap pesalah terbabit dijatuhkan pada Mac lalu dan dikekalkan oleh mahkamah tertinggi Iran.

Ia dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada yang memperuntukkan hukuman gantung ke atas pesalah jenayah berat seperti pembunuhan dan rogol.

Pelaksanaan secara terbuka ini, walaupun bukan luar biasa di Iran, sering menjadi subjek kritikan kumpulan hak asasi antarabangsa yang mempersoalkan keberkesanan dan etika hukuman tersebut.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Jenayah Terlampau Terhadap Kanak-kanak, Iran Buat Hukuman Mati Secara Terbuka
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/jenayah-terlampau-terhadap-kanak-kanak-iran-buat-hukuman-mati-secara-terbuka/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM