in

Jenama Sardin Terkenal di Malaysia Didapati Mengandungi Cacing Mati!

Caci 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau time tak tahu nak masak lauk apa, sardin memang jadi pilihan ramai. Sebab dalam masa tak sampai lima minit je dah siap satu hidangan lauk yang sedap. Tapi ni ada berita buruk untuk korang yang suka makan sardin.


Menurut The Star, dua jenama sardin dari China yang dijual di Malaysia dah ditarik balik penjualannya sebab didapati mengandungi cacing mati. Eewww!

Mengandungi cacing Nematodes

Kementerian Kesihatan Malaysia maklumkan yang dorang buat pemeriksaan ke atas dua jenama sardin ni lepas ada orang share kat media sosial pasal sardin dari China tercemar dengan nematodes, sejenis cacing. Yuck!!!!

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu yang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah membuat analisis ke atas sardin dalam tin dengan sos tomato jenama TL Tan Lung dan TLC.

Tlv
sumber: the star

Tak patuh Akta Makanan 1983

Keputusan analisis yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membuktikan yang dua jenama sardin dalam tin ni memang tak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Oleh sebab ni, pihak Kementerian Kesihatan dah ambil tindakan dan pengimport yang terlibat dan diarahkan menarik balik semua produk yang dijaul,” kata Noor Hisham.

“Pihak Kementerian akan terus memantau sardin dalam tin dan mackerel yang diimport di semua tempat dan pasar raya seluruh negara.”

Hubungi KKM jika ada aduan tentang makanan

Agensi Pemantauan Makanan dan Dadah Indonesia (BPOM) juga dilaporkan dah tarik balik tiga jenama sardin lepas didapati mengandungi cacing mati awal bulan ni. Pihak Kementerian juga maklumkan sebarang produk yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 akan diambil tindakan.

Kalau korang ada sebarang aduan pasal kebersihan dan keselamatan makanan, boleh hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Facebook dan boleh berhubung dengan KKM melalui laman web.

Tl
sumber: the star

Adoi ada cacing lah pulak dalam sardin ni. Baru je beli minggu lepas. Lepas ni make sure korang check dulu kebersihan dan kualiti produk tu dengan KKM kalau ada berita tak elok pasal makanan kat media sosial tau!

Baca: Kilang Kantoi Buat Kopi Vietnam Murah Guna Bateri Terpakai, Debu Batu dan Kotoran!

Kopiii

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.