in

Jemaah Malaysia Jadi Contoh Bersih Khemah Penginapan Sendiri

Haji Bersih 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setinggi pujian patut diberikan kepada jemaah haji Malaysia lepas kawasan khemah dari negara kita dilihat antara yang paling bersih dan kemas daripada sampah sarap. Menurut Sinar Harian, Kempen Kebersihan Perdana Masyair telah diadakan baru-baru ni dan ia mendapat sambutan baik daripada para jemaah.


Gambar perbandingan antara khemah jemaah Malaysia dan khemah dari negara lain jugak telah viral di Facebook semalam serta mendapat pelbagai komen positif daripada netizen. 

39760632 10216555709669258 2813831855285993472 N
sumber: facebook
39937488 10216555708869238 2545002640979263488 N
sumber: facebook
39929272 10216555715749410 4467384046518796288 N
sumber: facebook
39935743 10216555719109494 3402024778909876224 N
sumber: facebook
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata kempen kebersihan tu dah berikan impak baik kepada jemaah haji semenjak mereka di Arafah lagi.

“Apabila mereka (jemaah) meninggalkan Arafah untuk ke Muzdalifah, laporan-laporan daripada pengurus-pengurus maktab menunjukkan khemah-khemah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan baik serta tiada sampah-sarap.

“Begitu juga perihalnya semasa meninggalkan Muzdalifah, kawasan jemaah haji kita dilihat sangat bersih daripada sampah-sarap berbanding dengan kawasan khemah negara lain,” katanya lepas meninjau khemah.

Hal ni juga pada masa yang sama membuktikan jemaah haji Malaysia mampu buat perubahan untuk jaga kebersihan dan menjadikan mereka peka dengan kebersihan persekitaran daripada buang sampah merata-rata.

6D141A56 Df6B 4012 8194 A4264817B604 1535003509
sumber: nst

Kempen Kebersihan Perdana Masyair ni dilancarkan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan antara inisiatif baru dalam operasi haji bagi musim 1439H tahun ini.

Syabas jemaah haji Malaysia! Moga jadi contoh buat semua. 

Baca: [VIDEO] Ribut Pasir, Mohon Doakan Jemaah Haji Di Arafah! 

Haji 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.