in

“First time tengok, macam paku kecil rupanya…” – Lelaki Ini Kongsi Video Proses Membuang Susuk

Feature Image Susuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang dulu-dulu kalau nak nampak cantik dengan cara instant mesti ada pendamping yang di pakai. Kadang-kadang tu bukan cuma nak nampak cantik, tapi mereka ambil pendamping juga untuk menjadi penjaga kepada rumah, kebun, dan biar di pandang hebat oleh orang ramai.


Beberapa hari yang lepas, tular mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita ingin membuang susuk yang di pakainya hampir berusia 20 tahun.

Menurut perkongsian di laman Facebook Tok Singa page itu, wanita berkenaan telah meminta untuk dikeluarkan susuk yang terdapat di tubuh badannya.

Alhamdulillah dapat mengeluarkan susuk yang berusia 20tahun lebih…susuk 3 jarum emas…3 jin berbeza…1 jin menyerupai wanita tua,2 jin menyerupai biawak hitam dan 3 jin wanita cantik…tiada kuasa melainkan kuasa Allah swt…

Posted by Tok Singa page on Saturday, October 19, 2019

Menurut individu yang merawat wanita berkenaan, susuk didalam badan wanita itu adalah 3 susuk jarum emas yang boleh menyerupai 3 jin berbeza iaitu1 jin menyerupai wanita tua, 2 jin menyerupai biawak hitam dan 3 jin wanita cantik. Allahu seram pulak min dibuatnya.

Dalam video itu juga jelas menunjukkan cara yang digunakan oleh lelaki itu untuk mengeluarkan jarum emas tersebut.

Dia yang membaca ayat suci Al quran dan dalam pada masa yang sama memicit bahagian susuk berkenaan ditanam dan kemudiannya menarik keluar jarum emas itu.

Jarum emas itu ditanam di 3 bahagian anggota badan yang berbeza. Satu ditanam di bahagian pipi, satu ditanam di bahagian atas kening, dan menurut lelaki itu satu lagi ditanam di bahagian sulit.

Namun semasa proses ini dijalankan, wanita berkenaan tetap tenang dan sepertinya tiada luka atau pun kecederaan susulan.

“Mak cik dah bertaubat”

Menurutnya lagi, dia meminta supaya netizen yang memberi komen terhadap video itu untuk tidak memberi kecaman kepada wanita tersebut kerana di fahamkan wanita itu telah pun bertaubat.

Dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan wanita terbabit dan jangan lah cepat untuk menghukum seseorang itu.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa kagum kerana pertama kali melihat proses membuang susuk dan turut bersyukur kerana wanita ini dibuka hatinya untuk bertaubat.

Komen Susuk 1
Sumber: facebook

 

Komen Susuk 2
Sumber: facebook

Hmm, seram sejuk admin dibuatnya. Min juga harap korang pun jangan cepat nak menghukum orang-orang macam ni. Doakan je yang baik-baik untuk mereka. 

 

Baca: “Nampak sangat ada orang dalam tu” – Video Rakaman ‘Hantu’ Lelaki Ini Kena Kecam Dengan Netizen Sebab…

Hantu Mana Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.