in

“Janji King selamat” – Netizen ‘Speechless’ Tengok Pemilik Myvi Selamba Parkir Kereta Dalam Rumah Jiran

Myvi Parking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baik pada yang duduk di kawasan apartment dan yang tinggal di kawasan rumah teres, rasanya kebanyakan orang yang hidup berjiran pasti pernah mengalami masalah dengan parkir.


Selalunya kita dengar kes macam jiran parking kereta sampai block rumah jiran sebelah nak keluar masuk tapi lain pula kisahnya kali ini sebab pemilik kenderaan ni selamba memakirkan keretanya di dalam porch rumah jiran.

282200218 2340415089590294 3142615796035034182 N E1653111174110

Menerusi satu grup di lama sosial Facebook, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna silver dilihat parkir di dalam kawasan sebuah rumah yang dipercayai bukan milik tuan punya kereta.

Disebabkan hal itu, pemilik rumah berkenaan tidak boleh parkir kereta di rumahnya sendiri. Hal berkenaan juga mengakibatkan pemilik rumah terpaksa memaklumkan hal itu ke grup WhatsApp kejiranan terbabit untuk mencari pemilik Myvi itu.

Tindakan pemilik Myvi terbabit bukan sahaja membuatkan pemilik rumah bingung, malah, netizen turut tertanya-tanya kenapakah pemilik kenderaan terbabit selamba berbuat demikian.

“Duduk teres tapi selera banglo,” seloroh netizen.

“Myvi next level. Kira sedekahkan kot myvi dia kat tuan rumah,” kata pengguna lain pula.

“Kita husnudzon, mungkin dia prihatin tengok jiran lama beraya kat kampung. Takut kena aim dengan perompak, dia pun parking la kat situ buat macam rumah ada orang,” kata yang lain pula.

Meninjau di ruangan komen juga, ada sesetengah pengguna media sosial yang menjelaskan hal terbabit sering berlaku pada rumah yang pemiliknya jarang berada di situ dan ada pihak yang mengambil kesempatan ‘tumpang parking kenderaan mereka.

Setakat artikel ini ditulis, tiada penjelasan dimanakah insiden itu berlaku dan tiada update lanjut mengenai isu berkenaan.

Sumber: FB Malaysia Automotive Shitposting

Baca: “Ibu tak sedarkan diri” – Tular Gambar Myvi ‘Ke Rahmatullah’, Anak Pemandu Dedah Kisah Sebenar

Myvi Ke Rahmatullah Anak Perjelas Kisah Sebenar E1653109035412

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.