Macam yang korang tahu, baru-baru ini tular video Aliff Aziz mengamuk di salah sebuah restoran di Singapura. Dalam video tersebut, bukan je Aliff telah menunjukkan sifat panas barannya, malah dia turut menunjukkan kemaluannya di tempat awam.
Selepas beberapa hari, Aliff Aziz telah memuat naik status di IG Story miliknya serta memadamkan kesemua posting di Instagram peribadinya itu.
“Jangan sedap hina nanti terkena batang hidung sendiri”
Menurut Aliff, dia sedar yang dia dah buat silap dan malukan orang-orang yang dia sayang namun dia tak perlu jelaskan kenapa dia bertindak sedemikian (mungkin merujuk kepada video yang tular baru-baru ini) dan orang yang tak ada di tempatnya tak akan tahu apa yang dia lalui.
Tambah penyanyi dan pelakon ini, walau macam mana teruk pun kelakuannya, dia tetap hamba Allah dan meminta orang-orang yang gemar menghukum orang lain untuk cermin diri sendiri dulu.
Aliff kemudiannya mengakhiri kenyataannya dengan berkata yang rezeki itu ditangan Allah dan mengingatkan netizen untuk berhenti menghina orang sebab kita tak tahu kalau benda tu bakal jadi dekat kita atau tak.
Admin harap Aliff dapat sembuh dan keluar dari penderitaannya.