in

“Jangan nak berlagak macam bagus” – Zarul Umbrella ‘Sound’ Balik Netizen Yang Hina Pramugara Cuma Waiter

Pramugara3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya ramai yang tahu bahawa Zarul Umbrella ni pernah berkhidmat sebagai seorang pramugara di Malaysia Airlines (MAS) lebih daripada 10 tahun sebelum kembali bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air.


Jadi, tak mustahil lah darah seni penerbangan masih kuat dalam dirinya biarpun sudah meninggalkan bidang itu untuk kembali ke ‘bidang asalnya’.

Malah tak pelik pun kalau dia salurkan ilmu dan pengalamannya itu melalui channel YouTube dia sendiri.

 

Jangan nak berlagak macam bagus…Korang ni cuma waiter je”

Sebagai seorang anak kapal, antara skeptikal kolot orang-orang kita terhadap mereka ini adalah taraf pekerjaan mereka, sebab dikatakan terlalu berlagak dengan orang ramai.

Sudah semestinya penyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka ni turut menerima tempias itu, baru-baru ini ada netizen yang hina pekerjaan tersebut melalui komen di Channel YouTube Zarul dengan mengatakan paramugara dan pramugari ini berlagak dan pekerjaan hanyalah sebagai seorang waiter.

Memandangkan dia dah berkhidmat sebagai sebagai pramugara MAS, Zarul jadi wakil pramugara dan pramugari ni bagi respon pedih terhadap hinaan netizen tu.

Dalam Instagram, Zarul ada juga kongsikan beberapa komen negatif terhadap video-video melalui saluran YouTube tu, ada juga yang memperlekehkan kredibiliti Zarul dalam berkongsi ilmu berkenaan dengan industri seni penerbangan.

Bagaimanapun, bagi Zarul, ia terima kata-kata netizen itu dengan cara positif. Memang betul pun kalau diikutkan memang mana-mana bidang pun ada je yang berlagak.

Kalau terlalu nak hina kerja orang dan kerja nak boikot, memang urusan kita susah nak berjalan lancar. Lagi satu diaorang ni lah yang jaga nyawa kita masa kat atas kapal nanti.

So kalau sesiapa yang nak tanam niat nak ceburi dalam bidang FA ni, boleh lah roger-roger tips dekat Youtube Zarul.

 

 

Baca : “Teringat kat arwah abah” – Netizen Sebak Lihat Video Pramugara Royal Brunei Air Suap Pakcik Tua Makan Yang Dikongsi Datuk Aliff

Pramugara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.