in

Jangan Buat PCR Lepas Beberapa Hari Sembuh Covid-19, Pegawai Kesihatan Kongsi Sebabnya…

page pcr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes Covid-19 semakin meningkat kebelakangan ni yang disebabkan varian Omicron membimbangkan ramai orang sampai ujian kendiri RTK dan PCR pun susah nak jumpa dalam masa terdekat ni!

Bukan apa, ramai yang risau kalau diri sendiri sebenarnya mengalami asimptomatik (tak bergejala) dan kerana itu, boleh kata kerap juga diorang ni buat ujian tu. Dari situ senang untuk tahu positif ataupun tidak.


Walau bagaimanapun, kalau dah disahkan positif dan kembali sembuh, korang jangan pulak buat lagi ujian PCR lepas beberapa hari bebas dari virus Covid-19. Haa, korang nak tahu kenapa? Jom kita dengar penjelasan pegawai kesihatan ni kat TikTok dia @dodosentoso.

@dodosentoso

Jangan noya buat PCR byk byk kali lepas dah positive recently. Ingat ni sampaii mati. Tolong mdno share info ni boleh.?? #covid19 #rtpcr #medicallabscientist #fyp

♬ original sound – Pak Cik Bakar Baharo – Muhammad Noor bin Zakaria

“Jangan buat PCR dalam masa dua bulan. Kita buat PCR bukan untuk keluarkan seketul virus tu” – Pegawai kesihatan dalam video

Ujarnya lagi, ujian PCR yang sering dilakukan itu hanyalah untuk mengesan kehadiran ribonucleic acid (RNA) bagi virus yang terdapat dalam tubuh badan seseorang.

komen 1 2

“Sel-sel semua tu masih ada”

Menjadikan dirinya sebagai contoh untuk virus Covid-19, dia memaklumkan bahawa kehadiran virus dalam diri seseorang itu akan bertahan dalam dua minggu dan hilang dengan bantuan vaksin dan juga beberapa ubat yang diberikan.

“Lepastu tewas lah dalam 2 minggu, dihalau pergi oleh pak guard (vaksin) , tapi DNA, sel-sel rambut, sel-sel kulit (RNA virus) still ada kat kerusi semua (tubuh manusia)”

Pun begitu, walaupun telah hilang selepas dua minggu, dia mengatakan bahawa sel-sel dari virus masih lagi ada dan sekiranya ujian PCR dilakukan, seseorang itu akan disahkan positif Covid-19 sekali lagi namun tidak merbahaya seperti sebelumnya.

Haa, dengar tu semua? Tak salah untuk berwaspada, tapi pastikan ianya tak mendatangkan sesuatu yang buruk kat kita okay? Jaga diri semua!

Baca: Pegawai Perubatan Ini Jelaskan Beza RTK & PCR, Serta Waktu Terbaik Buat Self Test

untitled 2 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.