in

“James Corden pun acknowledge” – Maryam Muzamir Cipta Makanan Haiwan Dari Kulit Siput Sedut Menang Anugerah Antarabangsa

3Jc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid tahun 5 dari Kuantan Pahang telah mendapat pengiktirafan antarabangasa apabila merangkul 3 pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada bulan lalu.



Screenshot 2021 09 25 At 12.37.36 Pm

Memetik laporan Sinar Harian, Maryam Muzamir dari Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan itu telah mencipta inovasi sejenis makanan haiwan baharu. Makanan haiwan tersebut diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut dengan menamakan produk itu Yam 2.0.

Screenshot 2021 09 25 At 12.37.27 Pm

Bapa Maryam, Professor Madya Ts Dr Muzamir Hassan tidak menyangka anak perempuannya itu menjadi pemenang dalam pertandingan peringkat antarabangsa iCAN 2021 itu. Tambah beliau lagi, kegigihan Maryam selama ini menghasilkan inovasi dan rekacipta membuahkan hasil dan sangat berbaloi apabila mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Screenshot 2021 09 25 At 12.37.17 Pm

Dalam pada itu, seorang pengacara bual bicara The Late Late Show with James Corden turut mengucapkan tahniah kepada Maryam. Corden dalam satu segmen rancangannya itu turut teruja dengan inovasi yang dicipta oleh anak Malaysia itu. Korang boleh tengok video ucapan tahniah James Corden dalam tweet @latelateshow kat bawah ni.

 

Baca: “Hebatnya!” – Pelajar Malaysia Diiktiraf Dunia,  Cipta Beg Mini Daripada Kulit Buah

Screenshot 2021 09 25 At 12.40.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.