in

Jamal Hentam UMNO!

Jamal Umnopng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanpa disangka-sangka, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengkritik cara UMNO handle kempen PRK Sungai Kandis baru-baru ni. Amboi dah pandai kritik….


Menurut Malay Mail, dia menghentam cara kempen UMNO yang kelihatan tak original dan ketinggalan. Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar ni pun menjelaskan yang tindakan UMNO cuba meraih support dengan mencaci Pakatan Harapan tu menemui kegagalan.

Yun1
sumber: blog

“Ni merupakan signal awal, walaupun kita rasa ramai yang tidak keluar mengundi termasuk segelintir penyokong asal PH, bagi saya itu bukan satu isu, cara BN berkempen perlu diubah,” katanya.

“Saya melihat cara berkempen dan kaedah adalah yang sama seperti sebelum ni, rakyat mahu melihat sesuatu yang berlainan supaya kita dapat menjadi parti pembangkang yang efektif”

Jamal juga mengkritik kepimpinan parti supaya menilai kembali hasil dan pendekatan yang digunakan semasa berkempen.

“Strategi yang diambil mestilah mampu menarik pengundi supaya melihat UMNO dan BN sebagai parti terbaik, dengan cara itu kita akan mendapat sokongan,” tambah Jamal lagi.

Yun2
sumber: yahoo!

Pemerhati politik mengatakan bahawa kempen UMNO tinggi dengan sikap perkauman. Bukan tu je, taktik ni turut dikritik oleh ahli dalam parti. Khairy Jamaluddin berkata kekalahan UMNO menunjukkan peningkatan dalam penolakan terhadap politik komunal.

Semoga strategi baru nanti membantu masa pilihan raya akan datang yeee….

Baca: “Sekarang saya tahu kenapa Anwar cukup hebat” – Jamal

Yun1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.