Jangan terkejut kalau selepas ni tiada lagi sebarang pengumuman kedengaran di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA atau KLIA2.
Dalam satu posting di Twitter, Malaysia Airlines mengumumkan langkah ini adalah sebahagian daripada kempen Silent Airport yang turut diamalkan di seluruh dunia.
Ia akan dilaksanakan bermula hari ini.
Tiada pencemaran bunyi
Kempen Silent Airport adalah satu polisi yang dimulakan sejak beberapa tahun lalu, di mana jumlah pengumuman menerusi pembesar suara dikurangkan.
Kebiasaannya, lapangan terbang antarabangsa akan dipenuhi dengan pelbagai bunyi seperti pengumuman pintu berlepas atau pengumuman yang tak begitu jelas daripada pelbagai bahasa.
Jadi penumpang dapat menikmati perjalanan yang lebih tenang dan kurangnya pencemaran bunyi untuk keselesaan setiap pihak dengan adanya kempen ini.
Pengumuman hanya untuk situasi kritikal, saat akhir
Menerusi kempen ini juga, pengumuman yang dibuat hanya akan membabitkan situasi kritikal atau perubahan saat akhir.
Antara lapangan terbang yang telah menyertai kempen ini adalah Lapangan Terbang London City, Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town dan Lapangan Terbang Helsinki.
Jadi pastikan selepas ini anda mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa alert untuk membaca maklumat penerangan di papan informasi terminal.
Atau boleh check saja maklumat penerbangan di laman web yang disediakan KLIA dan KLIA2.