Jadi artis ni sakit sangat kan bila zaman kegemilangan sudah makin malap dan mereka kurang mendapat ‘job’ bagi menampung kehidupan seharian.
Inilah perkara yang diakui berlaku kepada pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 36, yang dengarnya sudah 4 bulan tidak mendapat sebarang tawaran kerja semenjak awal tahun lalu.
“Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas”
Menurut mStar, Nabil juga mengakui semenjak bertukar kerajaan, perjalanan kariernya tiba-tiba jadi sedikit terjejas. Dia juga hanya bergantung kepada bayaran menjadi penyampai radio dan hos program MeleTOP.
“Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga.
“Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job disebabkan semua job yang saya dah lock dari tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu. Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis atau acara kerajaan terdahulu.
“Jadi sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP. Ketika itu memang saya hanya kerja hari Selasa sahaja, pagi di radio manakala malam di program MeleTOP pula,” katanya yang kini sudah berjinak-jinak dalam dunia bisnes.
“Counting your blessings Bro, ada orang lain lagi susah dari you”
Walau bagaimanapun, luahan perasaan Nabil ini telah mendapat kecaman pula daripada netizen yang berpendapat job pengacaraan dan DJ radio itu pun sebenarnya sumber rezeki yang baik.
Kenyataan Nabil ni menurut netizen, seakan-akan tamak dan tidak bersyukur dengan apa yang dia miliki sekarang. Pulak…
“Lagi besar periuk, lagi banyak kerak”
Apa-apapun kita husnuzon lah dengan Nabil dan doakan semoga dia beroleh rezeki yang terbaik buat keluarganya.