in

Isu Tiket MADANI F1: Zhiddin Aziz Rasa Kerajaan Tak Patut Laksanakannya Sebab..

Ft Tiket Madani 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh Zhiddin Aziz berpendapat bahawa perlaksanaan Tiket MADANI untuk perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang yang bakal berlangsung pada Oktober ini tidak sewajarnya dilaksanakan.

Baginya, kebanyakan golongan yang sanggup beli tiket ke untuk ke perlumbaan tersebut merupakan golongan yang ‘berduit’ sehinggakan sanggup membeli daripada ‘ulat tiket’ yang jual dengan harga mahal.


Artikel berkaitan : Formula 1 Di Sepang: Kerajaan Pertimbang Jual ‘Tiket MADANI’

Artikel berkaitan : “Tidak mungkin harga bawah RM 100” – CEO Sepang Pertimbang Harga Istimewa Tiket F1 Buat Pemegang MyKad

“Jangan layan mereka yang nak Tiket MADANI F1”

Sebaliknya, Zhiddin memberikan cadangan adalah lebih baik wang tajaan yang diperoleh itu digunakan untuk menaik tarafkan mutu kualiti jalan di Kota Warisan menuju ke KLIA.

“Tapi tujuan video ini bukan untuk jalan di Sepang, kebimbangan saya kita dilahirkan dengan masyarakat yang terbiasa meminta, hari ini minta Tiket MADANI nanti esok meminta lagi.”

Jelasnya lagi, sikap tersebut dikhuatiri bakal melahirkan masyarakat yang ‘ukur baju di badan sendiri’ yang memaksa untuk hidup di luar kemampuan.

Katanya, jika ingin diberikan harga berpatutan cukup sekadar buat pemegang MyKad. Malah, Zhiddin juga mencadangkan sebaiknya anjurkan satu ‘pesta F1’ yang mana cadangnya, skrin gergasi dipasang untuk penonton menonton perlumbaan tersebut sambil melakukan pameran kereta tempatan dan aktiviti-aktiviti yang menghimpunkan semangat perpaduan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar mengatakan bahawa pihak kerajaan kini sedang mempertimbangkan penjualan harga Tiket MADANI buat rakyat Malaysia yang ingin membeli tiket perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air 2026 di Sepang.

Dalam pada itu, Ketua pegawai eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif turut mengatakan bahawa pihaknya juga sedang cuba meneliti harga tiket buat pemegang MyKad.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.