in

“Takut lepas ni susah jemaah malaysia buat umrah”- Isu Sajat Bertelekung Di Tanah Suci, PU Amin Buka Mulut!

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam kecoh isu jutawan kosmetik Nursajat memakai telekung ketika berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah.


Ramai pihak memberikan pandangan masing-masing berhubung isu tersebut, rata-rata memang tak bersetuju dengan apa yang dilakukan jutawan kosmetik itu kerana mereka mempercayai Sajat bukannya khunsa seperti yang didakwa, sebaliknya adalah seorang lelaki.

Sajat umrah

Sajat di tanah suci ?

Posted by SAJAT on Saturday, February 1, 2020

1
Sumber: instagram
2
Sumber: instagram

 

“Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi , benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita…”

Terpanggil atas isu tersebut, PU Amin memberikan pandangan peribadinya atas apa yang berlaku.

Saya dapat makluman dari rakan rakan petugas umrah Makkah , kes sajat dan kawan kawan nya telah dibawa ke pihak atasan ,…

Posted by PU Amin on Sunday, February 2, 2020

Saya dapat makluman dari rakan rakan petugas umrah Makkah , kes sajat dan kawan kawan nya telah dibawa ke pihak atasan , ke kementerian haji umrah dan kementerian perlancongan .

Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa . Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi , benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita .

Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka . Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara . Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang . Pelbagai perkara boleh berkait . Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini .

Kata mereka juga ‘Hari ini’ pula visa tourist telah disekat oleh kerajaan arab saudi . Ada kaitan atau tidak wallahualam , kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa perlancongan . Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh kerjaan arab saudi sebelum ini .

Pihak travel dah maklum awal pada sajat agar ikut gender di sini . Travel juga kata mereka langgar perjanjian . Travel juga dah bagi kursus umrah khas buat mereka . Ini bermakna travel tidak bersalah . Yang melanggar perjanjian itu yang bersalah . Kesian juga travel kena hentam . Semua ustaz ustaz kita tu .

Menjadi pengajaran kepada kita semua . Semoga Allah membuka jalan kebaikan kepada kita 

Sajat dan kawan kawan pergi umrah tak salah . Umrah harus dan baik buat sajat dan kawan kawan . Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan , bercampur dengan jemaah wanita .

Sebelum ini ramai pondan dan maknyah buat umrah . Tak jadi masalah . Kerana mereka berihram dan masuk solat bersama lelaki . Mereka ikut kaedah dan cara disini .

Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui .

 

“Jangan buat hal kat sini, ini tempat suci, tempat ibadah.”

Malah dalam posting terbaharunya di instagram menceritakan yang dia turut berkesempatan bersembang dengan rakannya dalam bahasa arab ketika berada di tanah suci, kemudian dia ditegur oleh polis di sana.

Malah PU Amin sempat ditanyakan mengenai kes Sajat, sebelum dia ditinggalkan peringatan susulan kes tersebut.

 

Setiap orang ada pandangan masing-masing, tapi isu Sajat ni macam mana?

Baca : Dia memang lelaki! Sepupu & Bekas Kawan Dedah Jantina Sebenar Sajat Lepas Tular Gambar Dia Buat Umrah Tapi Bertelekung?

Featured Image Sajat Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.