Inspektor Sheila Nak Cari Jodoh, Hanya ‘Single Men’ Saja Dipilih

Jadikan sumber pilihan di Google
Inspektor Sheila Nak Cari Jodoh, Hanya ‘Single Men’ Saja Dipilih

Sejak kebelakangan ini, nama Inspektor Sheila menjadi tumpuan ramai susulan beberapa siri video pegawai polis wanita ini tular kerana menghina dan mengaibkan pegawai bahawan dan orang awam.

Terbaharu, beliau dilihat mencuba nasib dengan memuat naik hantaran di laman Facebook, mencari teman hidup untuk mendirikan rumah tangga.


Menerusi hantaran itu, Sheila mempelawa mana-mana individu yang sudi untuk keluar temu janji dengannya dan perlu menepati ciri-ciri yang ditetapkan olehnya.

“Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? Jangan lupa, tinggalkan pesanan anda di ruangan komen.

“Kita akan keluar berjanji temu terlebih dahulu untuk mengenali satu sama lain. Selepas itu, kita boleh berjumpa ayah saya untuk memohon restu” katanya.

Nak yang bujang dan terbuka untuk semua kaum

Ujarnya lagi, permohonan yang diuar-uarkannya itu terbuka kepada semua lelaki bujang sahaja tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.

“Semua orang boleh mencuba. Jadi, tunggu apa lagi? Tulis ‘ya’ dalam ruangan komen,” katanya.

Hantaran itu telah menarik perhatian netizen, rata-ratanya mengucapkan selamat maju jaya untuknya mencari jodoh.

Ada juga beberapa individu yang berani mencuba nasib dan meninggalkan komen ‘ya’ di dalam hantaran tersebut.

Screenshot 2023 07 03 140624Sumber: Facebook

Sebelum ini, Sheila atau nama sebenarnya S.Sheila Sharon, 35, dilaporkan mengaku masih bujang kerana merasakan dirinya terlampau tegas dan tidak banyak lelaki sukakannya.

Harap Inspektor Sheila dapat bertemu pasangan yang secocok dengannya…

Baca: Video Kena ‘Make Up’ Tular, Ramai Tak Sangka Inspektor Sheila Rupanya Baik & Kelakar
Ft Sheila Baik Hati

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Inspektor Sheila Nak Cari Jodoh, Hanya ‘Single Men’ Saja Dipilih
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/inspektor-sheila-nak-cari-jodoh-hanya-single-man-saja-dipilih/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen