Setiap nama yang diberikan kepada seseorang itu semestinya memberi maksud tersendiri dan ia akan melambangkan identiti seseorang itu.
Kadang-kadang, memang lah kita rasa sesuatu nama tu macam sedap je untuk dipanggil. Tapi bayangkan kalau nama kita tu membawa maksud yang tak baik? Hari-hari pula kita dipanggil gunakan nama tu. Orang kata lama-lama boleh menjadi satu doa.
Lainlah kalau nama kita membawa maksud yang baik. Kan seronok hari-hari dipanggil dengan panggilan yang baik. Walaupun kebiasaannya orang muslim menggunakan nama dalam Bahasa Arab, tapi kita tetap nakkan nama yang bermaksud baik-baik juga kan?
Jadi, menerusi laman TikTok @kamiada_ yang banyak berkongsi tentang inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyenaraikan nama-nama Islam yang memberi maksud tak baik supaya dapat kita elakkan.
@kamiada_ Permohonan surat sokongan pertukaran nama
Ini merupakan senarainya:
- Aznie = aku berzina
- Sariqah = pencuri
- Zaniah = penzina
- Zalimi = kezaliman
- Hazni = kesedihan
- Fasiqah = yang jahat/fasiq
- Majnun = gila
- Hasidah = hasad
- Syarrul Bariyyah = sejahat-jahat manusia
- Asyar = jahat
Inisiatif daripada pihak JAWI sangatlah membantu orang ramai dalam mendapat informasi tentang sebarang kemusykilan contohnya isu nama ini.
Jadi, senarai nama di atas amatlah membantu supaya kita boleh elakkan untuk memberi nama kepada anak-anak nanti. Nak lagi mudah, kalau ada je kemusykilan tentang maksud nama ni, rujuklah kepada yang pakar.
Baca: Gara-gara Join Challenge Nama Panggilan di Instagram, Gadis Ditipu Siap Transfer Duit!