in

Ini 5 Filem P. Ramlee Yang Tak Boleh Ditayangkan Di TV Sebab…

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Karya seniman negara Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih ni memang tak asing lagi di kalangan orang Malaysia kan? Malah filem-filem yang dihasilkannya masih diingati dan boleh ditonton berkali-kali tanpa bosan.


Mungkin ada antara korang yang tak tahu, tapi sebenarnya ada beberapa filem P. Ramlee yang tak boleh ditayangkan di kaca TV sehingga ke hari ini atas beberapa sebab tau.

Kalau korang nak tahu kenapa, jom baca artikel ni. Min confirm mesti korang pun ada yang tak pernah tengok filem-filem yang disenaraikan ni.

Ini 5 Filem P. Ramlee Yang Tak Boleh Ditayangkan Di TV Sebab…

1. Sabarudin Tukang Kasut (1966)

Sabarudin

Filem Sabaruddin Tukang Kasut yang diarahkan oleh P. Ramlee ini sendiri berkonsepkan cerita ‘1001 malam’ yang bertemakan komedi. Dikatakan, filem ini mengandungi banyak sindiran sinis kepada pemerintah tapi boleh dijadikan iktibar untuk penontonnya.

Tapi kenapa cerita ni tak boleh ditayangkan di TV? Difahamkan, filem Sabarudin Tukang Kasut ini mempunyai kualiti yang rendah sehinggakan tahap audio dan visualnya di tahap yang menyedihkan.

Malah, VCD originalnya juga turut diletakkan “Keadan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”

2. Bakti (1950)

Bakti

Kalau korang nak tahu, filem arahan L. Krishnan ini merupakan filem pertama yang menampilkan P. Ramlee sebagai hero di mana beliau membawa watak sebagai Nasir dan nama ini juga diberikan kepada anak sulungnya yang lahir pada tahun 1953.

Filem ini mengisahkan tentang kisah seorang budak miskin yang dijaga oleh Orang Kaya Ibrahim dengan persetujuan anak perempuannya Sa’adiyah namun dibenci oleh anak lelakinya Hassan.

Cerita ini sebenarnya diadaptasi dari novel Les Misérables tau! Bukan kaleng-kaleng. Pun begitu, filem ini tak dapat ditonton lagi sekarang kerana salinan penuhnya dipercayai telah hilang dan gagal ditemui.

3. Melanchong Ka-Tokyo (1964)

Melancong

Melanchong Ka-Tokyo yang diarahkan oleh Ramon A. Estella ini telah dirakamkan di studio Singapura dan Jepun. Walaupun P. Ramlee bukan pelakon dalam filem ini, dia telah dijemput untuk menjadi penyanyi undangan.

Ia mengisahkan tentang Rosnah yang berasal dari Malaysia telah memenangi pertandingan dengan ganjaran melancong ke Jepun yang ditanggung penuh. Filem ini menunjukkan konflik hubungan di antara Rosnah, Kunio (lelaki Jepun) dan Darus.

Namun begitu, salinan filem ini dikatakan telah musnah ekoran banjir yang berlaku di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

4. Gelora (1970)

Screenshot 2020 08 15 At 1

Filem ini mengisahkan tentang konflik hubungan kekeluargaan dan percintaan. Namun begitu, filem yang dilakonkan oleh P. Ramlee dan Sarimah ini juga turut memaparkan adegan seksual di antara Sarimah dan kekasih kepada anak perempuannya.

Disebabkan ia memaparkan babak-babak intim yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, filem ini tak boleh ditayangkan di kaca TV.

5. Sitora Harimau Jadian (1964)

Eknb Ngu8Auuuhj

Filem yang diinspirasikan dari filem Werewolf of London ini telah dibuat selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

Ia mengisahkan tentang penduduk Kampung Kiambang yang telah diganggu dengan keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Kerana banyak orang kampung yang telah menjadi mangsa, Dr Afendi telah datang untuk membantu orang di sana sebelum dia sendiri terkena sumpah dan menjadi Anak Sitora.

Difahamkan filem ini tak dapat ditayangkan di kaca TV ekoran mempunyai unsur tahyul yang melampau. Pun begitu, salinan filem ini juga dikatakan telah hilang.

Korang pernah tengok yang mana?

Sumber: Facebook

 

Baca: Kerajaan Kaji Untuk Teruskan Royalti Karya Tan Sri P. Ramlee Kepada Warisnya

2Pramlee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.