in

Minat Filem Madu 3? Korang Boleh Menginap Di Rumah Lokasi Penggambaran Filem Itu Di Singapura

F2 Rumah Madu Tiga Di Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingatkah anda dengan filem popular arahan dan lakonan P Ramlee iaitu Madu Tiga? Jika anda merupakan peminat tegar filem lucu tersebut, tahukah anda bahawa anda boleh menginap di rumah yang menjadi lokasi penggambaran filem tersebut?


Rumah yang terletak di Jalan Holt, Singapura ini difahamkan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan kini ia telah dijadikan Rumah Peranginan Persekutuan oleh kerajaan kita.

Jadi, jika anda merupakan penjawat awam dan ingin bercuti di Singapura, anda boleh menyewa dan menginap di rumah ini.

Menariknya lagi, rumah tersebut merupakan rumah Latifah iaitu isteri pertama watak Jamil yang dilakonkan oleh P Ramlee.

Babak Jamil dikejar oleh ketiga-tiga isterinya juga dirakam di rumah ini.

Artikel Berkaitan: Ini 5 Filem P. Ramlee Yang Tak Boleh Ditayangkan Di TV Sebab…

Artikel Berkaitan: Bakal Jadi ‘Domain Awam’, Lagu-lagu P Ramlee Tamat Tempoh Royalti Tahun Depan

Difahamkan juga, rumah tersebut yang mempunyai tiga buah bilik boleh disewa dengan harga RM250 untuk satu malam.

4

Namun, difahamkan juga, hanya penjawat awam yang bergred 41 ke atas sahaja yang boleh menyewa di sini.

Kalau anda berminat nak menginap di sini, boleh layari laman web ini, RPP Singapura.

Sumber: X @FaktaBukanAuta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.