in

Ingatkan Nak Curi Tabung Masjid, Orang Kampung Tersalah Belasah Pemuda Sampai Mati

Lelaki Mati Dibelasah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenapalah buat anggapan dan keputusan melulu. Tak pasal-pasal melayang nyawa orang tak bersalah. Haihhhhh.

Seorang lelaki berusia 23 tahun mati dibelasah oleh sekumpulan penduduk kampung baru-baru ini, lapor Coconuts. Muhammad Khaidir telah dibelasah dengan teruk sebab disangka nak mencuri tabung masjid.


Mati Dibelasah
sumber: riausky

Berikut adalah kronologi kejadian menimpa mangsa di Sulawesi Selatan, Isnin lepas (10 Disember):

  • Khaidir tiba di masjid untuk tunaikan solat dan mendapati pintu masjid berkunci.
  • Dia pergi ke rumah tukang jahit bersebelahan masjid dan ketuk pintu untuk bertanya.
  • Tukang jahit tu rasa curiga dan takut Khaidir mungkin berniat jahat. So, dia keluar ikut pintu belakang dan pergi ke masjid.
  • Sampai masjid, tukang jahit tu beritahu orang masjid pasal Khaidir.
  • Orang masjid tu kemudian buat pengumuman guna speaker untuk maklumkan penduduk kampung, ada pencuri tengah berkeliaran di kawasan masjid.
  • Khaidir pelik kerana tak ada siapa buka pintu rumah, jadi dia jalan semula ke masjid. Tapi, bila sampai masjid dia ditunggu oleh ramai penduduk kampung dengan alat tajam dan objek tumpul.
  • Kerana terlalu marah, mereka langsung tak tunggu penjelasan Khaidir dan terus belasah mangsa dalam masjid.

Lebih teruk lagi, ada penduduk kampung yang rakam keadaan Khaidir yang terbaring atas lantai masjid sambil orang kampung belasah dia beramai-ramai tanpa belas kasihan.

Kena Belasah
sumber: coconuts

Video tu kemudian viral dekat media sosial tempatan dan menurut pihak polis, penduduk naik angin lepas dengar pengumuman membuatkan mereka bertindak melulu.

“Mengikut pengumuman (dibuat guna speaker masjid), mereka dimaklumkan ada pencuri di kawasan itu tetapi tiada barang yang berjaya dicuri. Itulah yang menaikkan kemarahan penduduk kampung untuk melakukan kekerasan.”

Khaidir meninggal dunia selepas itu akibat kecederaan parah namun masih belum pasti sama ada mangsa meninggal di dalam atau luar masjid. Selepas bedah siasat, Khaidir didapati mempunyai kesan lebam di mata dan tapak tangan akibat dipukul objek tumpul. Selain tu, kebanyakan bahagian di badannya didapati terkoyak termasuk kepala.

Pihak polis telah pun menahan 10 orang suspek yang terlibat dengan insiden tu untuk membantu siasatan.

Pesalah 1
sumber: tribun
Pesalah 2
sumber: detik

Ikutkan sangat perasaan marah tu, tak pasal nyawa orang lain melayang!

Baca: “Terengganu Darul Iman, masing-masing macam takde iman… ” – Orang Kampung Belasah Lelaki Sampai Mati Sebab Curi Pisang

Mati Dibelasah Penduduk Kampung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.