in

“Ingatkan content…” – [VIDEO] Influencer Kena ‘Scam’ Dengan Founder, Dakwa Dapat Duit RM10K Cash Palsu?

Page Founder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang, untuk dapatkan lebih exposure tentang sesuatu produk semestinya ramai founder yang akan menggunakan khidmat influencer atau lebih senang lagi, orang panggil paid review.


Biasanya bayaran untuk paid review ini akan diberikan secara cash atau dimasukkan ke dalam akaun bank influencer. Namun, semalam kecoh di media sosial apabila seorang founder didakwa ‘scam’ dengan memberikan duit palsu sebagai bayaran.

@puteriisarii

Founder Penipu Bagi DUIT PALSU LAGI!? #duitpalsu #sitijamumall #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp

♬ original sound – Puteri Sari – Puteri Sari

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun TikTok @puteriisarii, kejadian itu berlaku selepas dirinya beraya dengan founder yang dikenali sebagai Siti dan menerima bayaran paid review sebanyak RM10K secara cash.

“Lahh… Rupanya real”

Video tersebut kini telah mendapat lebih dari 7 juta tontonan telah menimbulkan perdebatan di kalangan pengguna TikTok yang lain kerana rata-rata mengganggap ianya hanyalah content untuk mendapat publisiti.

Tiktok Full 3

Ekoran itu, influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari ini bertindak dengan memuat naik satu lagi video kurang dari 24 jam selepas isu tersebut tular dengan menjelaskan sebenarnya apa yang terjadi.

Ternyata, insiden itu adalah benar dan bukannya dibuat demi content kerana Puteri Sari turut kongsikan gambar duit yang diterimanya dengan kesan bahagian putih dan seperti digam di atas kertas.

@puteriisarii

Nak Saman, Jangan Saman Pula Kena Diri Sendiri? #duitpalsu #sitijamumall #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp

♬ original sound – Puteri Sari – Puteri Sari

Disebabkan video itu, ramai yang mengatakan bahawa ada hikmah Puteri Sari terkena ‘scam’ dengan founder kerana dapat mendedahkan hal sebenar kepada umum sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa.

Uish, min memula pun ingat content je. Tak sangka lah pulak betul semua tu… Semoga apa yang jadi ni, boleh jadi pengajaran untuk korang juga okay?

Baca: “Penat asyik kena scam dgn client…”  -[VIDEO] MUA Jelaskan Beza Harga ‘Make Up’ Pengantin & Event

Untitled 1 6

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.