Korang pernah berada dalam situasi berjumpa dengan artis tapi korang ragu-ragu nak tegur sebab takut tersilap orang?
Haa baru-baru ni, seorang netizen katanya terserempak dengan seorang artis ni kat surau lepas dia selesai mengimamkan satu waktu solat. Sekilas pandang, dia ingat artis ni bangla mana entah. Tapi tak sangka pulak rupanya….
“Tadi I imamkan Remy Ishak y’alls. Seriously I thought he was just a random bangla”
Menerusi perkongsian netizen tersebut Twitter, dia telah menjadi imam kepada satu waktu solat di sebuah surau dekat Wangsa Walk Mall pada hari tersebut. Selesai je solat, dia nak bersalamanlah dengan makmum yang ada kat situ.
Mula-mula dia ingat lelaki yang tengah khusyuk berdoa kat bawah ni seorang warga asing. Tup-tup tak sangka pulak ini Remy Ishak. Fuyyooo very the humble bang Remy. Macam mana gegadis tak suka!
“First question dia, ‘Dah solat ke belum?’. Humble teruk dia ni”
Sebenarnya ini bukan kali pertama netizen lain pernah bertemu dengan Remy Ishak di masjid mahupun surau. Ada netizen lain jugak mengaku yang sebelum ni mereka pernah bertemu Remy sedang solat di surau lain. Fuh kali ini makin ramailah ibu mertua yang nak jadikan pelakon hitam manis sebagai menantu ye!
Bagus dak Remy ni ye. Semoga jadi contoh buat remaja kat luar sana!